Khamis, 4 Oktober 2012

Piala Malaysia: ATM mahu muncul juara ganti NS



SKUAD pengendalian B. Sathianathan yang berjaya menyingkirkan Negeri Sembilan kelmarin bertekad untuk merampas kedudukannya sebagai juara Piala Malaysia kali ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kemaraan ke saingan separuh akhir dengan agregat 6-3.

"Pemain saya beraksi dengan penuh disiplin, berusaha keras dan komited untuk meraih kemenangan," kata Sathianathan ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Kali terakhir ATM muncul juara Piala Malaysia adalah pada 1966.

Ternyata jurulatih ATM sangat teruja dengan kemenangan itu lebih-lebih lagi meraih kemenangan di tempat lawan.

"Mereka beraksi dengan bagus, mereka berjaya mempraktikkan semua arahan saya dengan baik.

"Saya tidak risau apabila kami bolos di minit awal kerana saya yakin pasukan saya mampu menghasilkan gol," katanya lagi.

Menjelang pertemuan ATM dengan Lions XII dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Jumaat ini, ATM sedang membuat persiapan sepenuhnya.
"Semestinya saya mahu pasukan saya mara ke peringkat akhir, kami akan cuba yang terbaik," jelasnya


P/S: kepada anggota TENTERA teruskan perjuangan singkirkan LIONS XII

Tiada ulasan: