Tumpat: Seorang pelajar Malaysia di Syria menganggap dirinya 'mati hidup semula' selepas melihat hotel berhampiran pangsapurinya musnah dibom di depan mata sehingga beliau cedera di kaki dan tidak sedarkan diri.
Pulang untuk ulang kaji
“Selepas selesai menduduki peperiksaan pertama pagi itu, saya segera pulang untuk membuat ulang kaji bagi peperiksaan seterusnya pada sesi petang.
“Ketika berada hampir dengan hotel itu, saya yang kebetulan berjalan bersama pensyarah saya, Mohd Haikal Abdullah, terdengar bunyi letupan yang kuat, sebelum serpihan kaca jatuh dan tercucuk ke betis kanan.
Sedar daripada koma
“Kedua-dua kami kemudian koma dan dikejarkan ke hospital. Saya hanya sedar selepas berada di hospital, namun tetap bersyukur kerana masih terselamat dalam kejadian itu.
“Saya menelefon ibu ketika di hospital dan memberitahu kecederaan yang dialami, sebelum pulang ke Malaysia menerusi Jordan keesokan harinya,” katanya menceritakan pengalaman ngeri itu ketika ditemui di rumahnya di Palekbang, di sini, semalam.
Siti Norfarah yang juga pelajar Diploma Pengurusan Hotel di institut pengajian tinggi swasta di sini berkata, dia menjalani latihan praktikal di Dubai pada Julai lalu dan turut dihantar ke Syria bersama lima lagi rakan yang akan menamatkan latihan, Disember ini.
SUMBER BHARIAN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan