SHAH ALAM - Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan Selangor (Selcat) berkemungkinan akan mengadakan sesi
pendengaran awam mengenai penyelewengan pembinaan asrama Kolej
Universiti Islam Selangor (Kuis).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, langkah tersebut perlu diberi perhatian supaya maklum balas jelas isu itu dapat diberikan dan tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
“Ahli Jawatankuasa akan mempertimbangkannya dan tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab dalam isu penyelewengan itu,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Selangor 2012, semalam.
Sebelum ini, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, bekas Menteri Besar Selangor didakwa memberi kontrak kepada sebuah syarikat untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi keperluan 6,000 pelajar Kuis bernilai RM125.8 juta.
Walau bagaimanapun, kontrak itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah lagi syarikat dengan nilai RM96.1 juta kerana syarikat tersebut hanya bertindak sebagai orang tengah.
Rafizi mendakwa, syarikat asal menerima kontrak terbabit dikuasai seorang Adun Barisan Nasional (BN) negeri ini yang memiliki 51 peratus pegangan saham manakala isteri Adun BN terbabit memiliki enam peratus dan selebihnya dimiliki oleh syarikat pihak ketiga yang menerima manfaat kontrak.
Selain itu, bekas Menteri Besar itu juga didakwa menetapkan syarikat milik Adun BN itu diberi konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada Kuis dengan kadar sewa RM15.4 juta setahun.
Malah, sepanjang tempoh tersebut, walaupun kesemua urusan itu secara ‘atas angin’ tetapi syarikat terbabit menerima durian runtuh sebanyak RM508 juta dan keuntungan sebanyak 524 peratus.

Sehubungan itu, konsesi sewa asrama tersebut membebankan pengurusan Kuis dan anggaran sewa yang sepatutnya hanya separuh dari jumlah asal iaitu RM6 juta setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan