Khamis, 17 Mac 2011

kelisa cucuk evo biaQ betoi!!!!!!!!!!!!




Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya 
utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu 
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi


" Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda 

berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje...."Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.."worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju 
pakcik akan hon dan bagi high beam" "Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta 
kelisa di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan 
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, 
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia 
dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pihak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm...... bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie....kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman 


kereta-kereta yg laju nie...



"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah 
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak 
percaye punye..........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu siap bagi hon dan hi beam nak potong lagik tuh!!!' hhaaaa tu la kisahnye bile
marah dah naik tahap gaban

Tiada ulasan: