Rabu, 28 November 2012

Blogwalking Sampai Lebam !


Blogwalking ni selain daripada boleh kenal-kenal dan merapatkan hubungan sesama blogger, boleh juga meningkatkan trafik blog kita. Jadi jom sertai segmen Blogwalking Sampai Lebam bersama ahsfantasy24! Mana-mana peserta yang bertuah akan ditempatkan di Bloglist ahsfantasy24 secara automatik. Peserta digalakkan singgah, follow dan meninggalkan komen di blog peserta yang lain. Moga bermanfaat kepada semua.
  1. Peserta digalakkan copy dan paste entry ini ke dalam blog masing-masing dengan menggunakan tajuk "Blogwalking Sampai Lebam!" dan letak link ke entry ini.
  2. Tak diwajibkan follow blog penganjur. Kalau suka, follow, kalau tak suka tak perlu follow.
  3. Senarai peserta akan sentiasa dikemaskini di sini dari masa ke masa.
  4. Jadi sekarang jom sama-sama kita blogwalking


Reply To This Comment

WaterWorld @ i-city, Shah Alam


Salam petang semua..harap korang semua sihat2 la ye hmm nampak gayanya tiba waktu petang sebegini macam biasa hujan je kan...takpekan itu kan rahmat Allah untuk kita semua..petang nie saye bukan nak gebang pasal hujan di petang hari...yang nie pasal Waterworld @ i-City Shah Alam..Kiranya pertama kali  buat di Malaysia sebelum nie kan kat Kanada pada tahun 2003...Rasanya ramai yang dah tahu nie kan..WaterWorld nie di buka pada 9 Nov 2012 jadi di buka pada awal bulan nielah ye..tapi saya tak pasti siapa yang merasmikan pembukaan tema WaterWorld nie
Ape yang saye dapat tahulah kos pembikinan WaterWorld nie mencecah hingga rm25juta... Wahh banyaknye kos pembikinan benda nie ye ingatkan dalam 3 ke 4 juta je tapi cecah puluh juta fuyoooo...
Haa gambar yang diatas tula diantara yang terdapat dalam WaterWold @ i-City Shah Alam...
Nampak macam bestkan seronok bertul kalau di buat masa kita kanak2 dulukan mesti ajak mak ayah datang nak main benda yang terdapat dalam WaterWorld tu haaa...siap ada gelongsor air lagi tapi rasenye kalu sekarang mau sangkut kat bontot kot hahaha maklum la dah badan besar tak la macam korang kan hehehe...so sekarangkan anak bercuti sekolah mase niela korang boleh amik kesempatan untuk pergi bercuti dengan keluarga untuk tambahkan keeratan antara keluarga masing2 kalu yang sibuk gan keje tak sempat nak main gan anak2 kat umah ape salahnye korang amik cuti sehari dua untuk diaorang...hmmm kalu pegi hari minggu pun boleh kalu korang tak sibukla....
opssss banyak pulak membebel petang2 nie korang pegila tengok sendiri kat i-City Shah Alam tu haa
dah g sane jangan lupa amik gambar post yang cantik2 boleh upload dalam blog korang dah upload jangan lupa cerita keseronokan korang kat sane................
haaa korang carila yang mana satu saye!!!!!



Reply To This Comment

Selasa, 27 November 2012

Doa hancurkan organisasi tidak salah



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.
Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.
“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.
“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.
Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.
Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.
Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut ‘Hancur BN’ dan ‘KO BN’ pada pilihan raya akan datang.
Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.
Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?
“Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.
Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).
Harakahdaily.net
Reply To This Comment

Botak kepala demi Anak


SHAH ALAM – “Saya botakkan kepala supaya Adam tidak tahu dia sedang sakit,” kata bapa Adam Azfar, 6, yang disahkan menghidap barah otak, 1 November lalu.
Jimadie Shah Othman, 32, membuat keputusan membotakkan kepalanya selepas menyedari rambut Adam mula gugur kesan sampingan rawatan radioterapi.
“Saya tak mahu Adam rasa lain bila sedar rambutnya semakin gugur. Saya nak dia rasa itu perkara biasa memandangkan papa pun tak ada rambut,” katanya yang akui sukar menempuh hari mendatang.
Atas inisiatif rakan sekerja Jimadie, satu dana khas Aid For Adam ditubuhkan bagi membantu kurangkan kos ditanggung Jimadie selain memberi sokongan rohani buat pasangan suami isteri itu.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Sinar Di Hati seperti tertera.
sumber sinar online
Reply To This Comment

Taman tema tandas pertama di dunia di Korea Selatan


SUWON - Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.
Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.
Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.
Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.
Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.
Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.
Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. - Agensi
sumber kosmo online
Reply To This Comment

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi


NEW YORK - Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.
Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya 'kebenaran sebenar' dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.
Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.
Youssef menjelaskan punca di sebalik pembikinan filem tersebut adalah kerana kekejaman penganut Islam itu sendiri.
Ia dihasilkan selepas insiden seorang lelaki Islam membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.
Kejadian itu menyebabkan dia berasa semakin marah.
Temu ramah itu dijalankan secara bertulis menerusi peguamnya.
"Saya fikir, sebelum skrip filem itu ditulis, saya patut membakar diri sendiri di tengah-tengah orang ramai supaya rakyat Amerika dan dunia tahu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Youssef.
Youssef yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana melanggar peraturan pembebasannya dari penjara atas kesalahan menipu bank. - Reuters
sumber kosmo online
Reply To This Comment

Apple bakal lancar televisyen akhir 2013

New York: Apple Inc dikatakan sedang membangunkan televisyen yang akan didatangkan dalam dua saiz, 47 dan 55 inci sekali gus dijangka menjadi peranti yang paling dihajati sebagai hadiah menjelang musim perayaan hujung tahun depan. 

Gene Munster dari Piper Jaffray, penganalisis Apple, dengan beberapa kejayaan jangkaan lampau berhubung syarikat itu, minggu ini dalam satu nota pelabur menyatakan beliau percaya Apple akan melancarkan televisyen menjelang suku ketiga tahun depan yang akan membabitkan pelbagai ciri tambahan. 

 Dalam nota yang diterbitkan semula dalam blog Apple Insider, beliau berkata: “Kami menjangkakan rekaan yang cantik menjadi ciri utama, tetapi ciri yang lebih penting adalah kebolehan menggunakan televisyen itu dengan pelbagai peranti.

Katanya, televisyen 47 inci itu akan dijual pada harga AS$1,500 (RM4,586) dan model 55 inci, AS$2,000 (RM6,115) apabila ia mula berada di pasaran November tahun depan.

Ia adalah khabar angin terbaru, beberapa minggu ini mengenai kemungkinan kemasukan Apple dalam pasaran televisyen.


Peringkat akhir


Minggu lalu, bank pelaburan Jefferies & Co mendakwa bahawa syarikat itu sudah pada peringkat akhir menyiapkan televisyen itu. Namun, pemeriksaan lanjut hanya dapat mengesahkan bahawa Apple memang sedang berhubung dengan beberapa pengendali televisyen kabel mengenai produk berkaitan televisyen.

Menurut Wall Street Journal, sumber berita pertama yang mempunyai jangkaan tepat terhadap iPad Mini, menyatakan produk itu akan menjadi imaginasi semula Apple TV.

Peranti itu kini membolehkan pengguna melayari kandungan daripada mana-mana peranti Apple hingga kepada televisyennya, namun ia percaya bahawa kesemua model baru kini dalam perancangan akan turut menyediakan fungsi seperti set kotak atas dengan gaya navigasi Apple dan paparan muka serta kemampuan untuk menghentikan dan mengulang siaran langsung televisyen.


Sementara itu di Ottawa, Kanada, saham Research In Motion (RIM) pengeluar telefon pintar BlackBerry yang juga antara pesaing Apple, melonjak lebih 15 peratus selepas pelabur positif dengan tinjauan masa depan syarikat itu terutama berkaitan pengenalan produk baru.


Lancar peranti baru


Kris Thomson dari National Bank Financial meningkatkan harga sasaran RIM, dengan menaruh saham itu akan naik ketika momentum meningkat bagi pelancaran sistem operasi baru Blackberry 10 dan dua telefon pintar baru.


Penganalisis Jefferies & Co, Peter Misek menggandakan sasaran harganya kepada Can$10 (RM30.70) dengan menyatakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu yang sedang menguji peranti baru itu mempunyai lebih banyak pandangan positif mengenai BB10 berbanding jangkaan.


Peranti terbaru RIM ditumpukan bagi meraih kembali momentum berbanding telefon pintar Apple dan telefon lain yang menggunakan sistem operasi Google Android.


Misek berkata, jumlah pengguna global RIM turun kepada kepada lebih 80 juta bagi suku sebelum ini, mengukuhkan laporan tindakan syarikat besar dan pelanggan kerajaan bertukar kepada iPhone Apple. - AFP 
sumber berita harian
Reply To This Comment

Rahsia terbongkar selepas 19 tahun berkahwin

gambar hiasan

ANTWERP: Seorang lelaki Belgium kecewa selepas menyedari bahawa isteri yang dikahwininya selama 19 tahun pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki.
Lelaki dari Antwerp yang dikenali sebagai Jan itu berkata beliau berasakan seluruh dunianya hancur selepas mendapat tahu perkara sebenar mengenai ‘isterinya’ yang dikenali sebagai Monica.


Jan, 43 berkata beliau bertemu Monica apabila beliau yang berasal dari Indonesia tiba di Belgium untuk menjadi pengasuh kepada anak adik suaminya dan Jan menyifatkan bahawa ‘isterinya’ itu sebagai amat cantik dan bersifat kewanitaan, lapor Daily Mail.

Beliau kini mula memahami mengapa isterinya itu tidak bagus apabila melakukan kerja rumah termasuk menggosok pakaian.

“Saya menyangkakan dia seorang wanita yang menarik dan saya adalah wanita sejati kerana dia langsung memperlihatkan ciri lelaki seorang lelaki,” katanya kepada akhbar Belgium, Nieuwsblad.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga seorang sepupunya datang melawat dan semuanya terbongkar.
“Saya katakan ini kepada anak lelaki saya dan beliau berkata pernah mendengar khabar angin bahawa Monica dulunya adalah seorang lelaki.”

“Satu petang saya bersemuka dengannya dan beliau akhirnya mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan melakukan pembedahan menukar jantina.”

“Dunia saya gelap beberapa saat. Saya rasa tertipu selama hampir 20 tahun,” katanya yang ternyata begitu kecewa. – Agensi
sumber berita harian-dunia

Reply To This Comment

Isnin, 26 November 2012

ketahuilah hati kita



Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika ia baik, baiklah
seluruhnya dan jika ia jahat, jahatlah seluruh anggotanya,
ketahuilah ia adalah hati." (Bukhari dan Muslim)


Hati ibarat sumber segala sesuatu. Jika ia baik, maka baiklah segala yang dilakukannya, jika ia buruk, buruklah segala yang dilakukannya. Ia adalah tempat yang akan dinilai oleh Allah SWT disebalik amal-
amal kebaikan atau keburukan seseorang hamba. Allah mencintai hati yang bersih, hati yang sentiasa merendah diri, hati yang ikhlas, hati yang gementar, hati yang cinta, hati yang sentiasa mengharapkan keampunan dan pengharapan kepada-Nya.

Nilaian manusia terletak pada apa yang dilakukannya, tetapi nilaian Allah terhadap apa yang tersembunyi dalam hatinya. Ada manusia yang banyak beramal lalu ia dipandang tinggi oleh manusia. Ke mana ia pergi, nama dan amalnya atau kejayaannya sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tetapi di sisi Allah, ia tiada nilai sedikitpun malah lebih hina dari seekor anjing kerana amalnya tiada keikhlasan. Ada manusia yang amalnya sedikit atau kecil pada pandangan manusia, atau
mungkin tiada siapa yang memandangnya, tetapi nilainya tinggi di
sisi Allah SWT disebabkan keikhlasannya.

Di akhirat nanti, seluruh manusia akan berhadapan dengan Allah SWT sama ada ia ulama, para syahid, para hafiz, para ahli ibadah, para dermawan dan sebagainya untuk diperiksa hati mereka. Demi Allah, amat jahil dan butalah seseorang itu jika ia menganggap persoalan hati adalah kecil sedangkan di akhirat nanti ia adalah perkara utama yang menjadi nilaian Allah SWT.

Imam Nawawi rahimahuLlah dalam menyusun kitab Hadis 40 telah
meletakkan hadis yang berkaitan dengan niat sebagai hadis pertama. Syirik atau menyengutukan Allah dalam amal melambangkan ia tiada adab dengan Allah SWT, melambangkan hatinya tidak bersih. Mereka yang tiada ilmu dalam perjalanan nafsunya amat mudah tertipu.

Ramai manusia yang beribadah, tetapi menjadikan mereka makin jauh
dari Tuhan. Kerana ibadahnya dimasuki `ujub, takabur atau
riya'. Ramai yang menasihati orang lain kepada kebaikan tetapi malangnya mereka menjadi manusia yang amat dimurkai Tuhan, kerana mereka sendiri tidak melakukan apa yang dicakapkan. Ramai orang yang diberi
kekayaan dan menyangka itu adalah nikmat, padahal ia adalah istidraj untuk memusnahkan dirinya apabila harta tadi melalaikannya dengan Allah SWT. Banyaknya ibadah dan amal bukannya menjadi nilai lagi di sisi Allah, tapi keikhlasanlah yang menjadi ukurannya.

Awasilah Syaitan dan Nafsu
Demi Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kehidupan yang
panjang ini, amat bahaya dalam mengabdikan diri pada Allah SWT.
Syaitan sebagai musuh utama tidak akan membiarkan manusia dalam
kebaikan, tidak akan membiarkan ibadah sampai ke langit. Syaitan
tidak menyerang manusia pada mata, telinga, kaki atau tangan tetapi ia melakukan serangan di tempat yang utama iaitu hati. Serangan yang dilakukan amat halus dengan pelbagai tipu daya sehingga ramai yang tidak menyedarinya. Ia mempunyai penolong yang setia yang berada dalam diri anak Adam iaitu nafsu ammarah.

Perjalanan yang panjang inilah yang memberi peluang bagi syaitan
untuk menghilangkan kebaikan yang kita lakukan. Ia mahu segala amal soleh menjadi hancur. Kita dapat perhatikan bagaimana bijak dan jahatnya syaitan dalam membawa manusia bersamanya ke neraka.
Lihatlah kepada mereka yang dahulunya hebat dengan dakwah sama ada di kampus atau ketika muda, apabila kahwin mereka hilang entah ke mana. Ada yang kuat ibadahnya tetapi apabila bekerja, menjadi manusia yang lalai. Ramai yang ikhlas berniaga, awalnya diniatkan untuk membantu agama dan orang miskin jika berjaya, namun apabila berjaya mereka lupa malah menjadi orang yang sombong dan bakhil. Ada kumpulan yang begitu tinggi ukhuwwahnya di kalangan ahli, makan bersama, berpelukan bila bertemu, tetapi akhirnya menjadi musuh yang ketat.

Syaitan menggunakan senjata yang paling ampuh iaitu elemen keluarga,
harta, pangkat, wanita dan senjata dalam diri manusia seperti sifat ego, dengki, cinta dunia, marah, dendam, taksub, suka berdebat, suka berehat, jemu dan sebagainya untuk melalaikan manusia dari Allah SWT. Apa yang malangnya, banyak amal yang dilakukan menjadi hancur apabila syaitan berjaya memasukkan jarum ujub, riya' dan sombong. Begitu juga dengan orang yang separuh abad usianya diabdikan pada dakwah, namun apabila usia di hujung senja, ia menjadi manusia biasa. Ruhnya menghadap Tuhan bukan sebagai seorang yang berjuang fisabiliLlah, tetapi sebagai seorang doktor, usahawan, guru atau pegawai kerajaan. Alangkah ruginya kehidupan, alangkah ruginya usia
dan masa.

Ada orang yang bila perniagaannya menghadapi masalah, dia
mengundurkan diri dan lupakan Tuhan, meninggalkan amal dan dakwah. Kenapa ianya berlaku? Tidakkah ia merasa rugi sedangkan ganjaran dan kemuliaan mereka yang berada di medan dakwah sangat tinggi di sisi Allah SWT. Sedangkan ia juga mempunyai ilmu, bahkan ayat Al-Quran
dan Hadis yang menerangkan kelebihan dakwah dihafalnya dengan fasih. Ia juga sentiasa memperingatkan diri tentang bahaya tipu daya syaitan dan nafsu. Persoalannya apa lagi yang tiada pada dirinya sehingga ia hanyut, syaitan yang dimusuhi menjadi teman sejati, budaya hidup yang lalai menjadi suatu keseronokan, dakwah yang menjadi agenda utama menjadi perkara yang membosankan, sahabat yang dicintai kerana Allah menjadi sahabat yang ingin dijauhinya.
Reply To This Comment

Sabtu, 24 November 2012

KINI IPHONE CONTEST BERMULA


Salam kini bermulanya perjuangan kami bersama contest yang di anjurkan oleh pihak sahabat baik kita iaitu denaihati.com soalan2 yang amat2 mencabarkan bila bace je tugasan2 seperti yang di arahkkan oleh pihak admin terasa kepala otak berpusing,terasa kkebenakkan di atas kepala
maklumlah saya baru saja menyertai contest dan telah di pilih di antara 85 blogger yg terpilih dan saya juga berada dalam kelompok top 10 blogger terbaik buat masa nie 
oleh itu saya perlu sokongan dari anda semuanya untuk memenangi acara tersebut walaupun anda dan saya tidak mengenali antara satu sama yang lain 
sokongan tersebut adalah 

Tugasan-Tugasan 1. Tugasan Pertama : Cabaran G +1. Peserta perlu mengumpulkan sebanyak mungkin klik G +1 untuk entri penyertaan anda.
Screen Shot 2012 11 16 at 2.55.21 PM iPhone 5 Gadget Impian Cabaran Bermula
2. Tugasan Kedua : Cabaran SEO. Tempatkan blog anda antara top 10 di Google.com dengan keywords “iPhone 5 Gadget Impian“.
3. Tugasan Ketiga : Undian Pembaca. Akan ada entri khas.
4. Lima Top Blogger Malaysia akan menilai blog top 10 berdasarkan design, kandungan dan kesungguhan.
Tarikh Tutup Cabaran
Semua tugasan akan ditutup tepat jam 11.59 pm, 24/12/12.
Reply To This Comment

Khamis, 22 November 2012

Israel Zionis Tempat Lepaskan Nasfu Songsang


Hak-hak Lesbian dan gay di Israel dianggap yang paling maju dan berkembang di Timur Tengah. Berbeza dengan negara timur tengah lainnya, Israel sangat melindung kaum minoriti ini.



Para gay dan lesbian dari Iran, Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, dan negara sekitar, datang untuk bercuti di Israel. Jika di negara asal mereka, mereka harus berpasangan dengan sembunyi-sembunyi, di Israel, para gay dan lesbian dapat memegang tangan pasangan mereka tanpa rasa takut. Mereka dapat berpelukan dan mencium pasangan mereka tanpa rasa khuatir.

Israel memang Oasis bagi gay dan lesbian di timur tengah. Walaupun akhir-akhir ini Lebanon dan Turki ikut-ikutan bersaing untuk mendapatkan pelancung gay dan lesbian dari timur tengah.

Salah satu gerakan terbaru adalah pasangan gay dan lesbian dapat mengambil anak dan melakukan inseminasi buatan. Israel juga mengenal pernikahan sesama jenis.

Para pasangan gay dan lesbian di Israel senang menghabiskan waktu di taman dan pantai.

61 peratus penduduk Israel mendukung pernikahan sesama jenis.

Di Israel, Jordania, Turki, Iraq, dan Cyprus, homoseksual antara 2 orang dewasa adalah LEGAL. Israel merupakan negara pertama di Asia Barat yang mengeluarkan peraturan anti-diskriminasi untuk gay dan lesbian.

Isreal dapat dikatakan : IBUKOTA GAY DI TIMUR TENGAH
Reply To This Comment

Rabu, 21 November 2012

ANGKAT RAKAN KETIKA BADAN PUTUS DUA



Salam sejahtera kepada reader2 yang sudi singgah di blog laman coret corot ku ini pada pagi nie macam terasa sedih sangat2 apabila capai senafkah surat khabar metro apabila pegang surat tersebut yang terkeluar dari mulut saya YA ALLAH!!! terkejut melihat berita kemalangan ngeri di Gopeng Perak yang mengakibat kehilangan 4 nyawa yang tertungkus lumus untuk menyelenggara projek lebuh raya plus...Boleh dikatakan saban hari kita mendengar berita mengenai kemalangan tidak kira samada kemalangan biasa ataupun kemalagan maut..mengenai berita di atas rakan kepada mangsa iaitu bdul Nasir Abdul Rahman 49 berkata “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.” , empat rakannya adalah pekerja-pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

 Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.

Reply To This Comment

Selasa, 20 November 2012

Gempar! Gadis Cantik Ditelan Oleh Unta


Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup-hidup seorang gadis cantik ketika sedang membuat pemeriksaan kesihatan unta tersebut.

Kejadian ini berlaku di negara Arab di mana identiti gadis tersebut yang juga seorang doktor haiwan dirahsiakan untuk menjaga nama baik beliau dan negara Arab sendiri.

Seperti yang kita sedia maklum, unta bukanlah haiwan yang memakan daging. Makanan utamanya ialah rumput tetapi kejadian ini agak pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini.



Akibat daripada serangan unta, gadis tersebut mengalami kecederaan. Bagaimanpun, tahap kecederaan beliau dirahsiakan setakat ini.


Reply To This Comment

MEMERLUKAN VOTE ANDA SEMUA



Salam semua maaf hari nie takde entri ape2 pasal tgh bz mencari jln penyelesaian untuk meneruskan perjuangan dlm contest iPhone 5 Gadjet Impian....setelah berapa mengadap laptop nie terasa berdenggung kepala otak...fuhhh seolah2 mengalami masalah dunia yang takkan selesai sampi bila heheheh....
Dalam keadaan suasana kelam kabut mencari peningkatan kadar trafik ke blog nie bukkan satu perkkara yang mudah,ianya sangat2 memberi tekanan kkepada blogger2 yang masih contohnya seperti saya...walaupun dalam contest tersebut boleh di katakan masih baru tetapi syukur kerana terpilih juga dalam ke lompok top 10 blogger terbaik dalam contest tersebut,,ape takknya blog saye berada di dalam kedudukan yang ke 6 daripada 85 blogger...boleh di katakan semuanya otai2 belaka laaa tapi tak tahu macam mana pemarkahan di pilih oleh pihak denaihati.com...  ape2 sekali pun bersyukur saye kepada Illahi kerana terpilih......hmmm so pada blogger2 yang sudi singgak ke laman ini harap2 dapat memberi sokong kepada saya untuk bersaing di antara blogger2 yang ehh jangan lupe klik kat G+1 ye
linknye di sini IPHONE 5 GADJET IMPIAN

Reply To This Comment

Ahad, 18 November 2012

JANGAN BIARKAN ISTERI MU SENDIRIAN

Haaaa!!! Awas kepada kaum lelaki yang bergelar suami kasihani lah isterimu,dalam saban hari berhempas pulas membuat kreja di rumah untuk kebaikan dlm kekeluargaan hargailah dia.......


Reply To This Comment

RAMBUT TREND TERBARU

Seprti yang kita ketahui rambut adalah sebuah mahkota yang sangat mahal bagi sesetengah wanita oleh itu ada yang sanggup melakukan sesuatu bagi kelihatan lebih menarik untuk menjadi perhatian umum oleh itu ada yang sanggup berhabisan2 untuk mencantikkan rambut mereka contoh seperti gambar di bawah ini 
Trend nie di lakukkan oleh kalangan pemudi2 di barat yang sanggup mencantikkan rambut mereka




















 
Reply To This Comment

Jumaat, 16 November 2012

MINUMAN BERSODA BAHAYA KEPADA WANTA


Satu kajian baru dari Jepun telah menyifatkan bahawa minuman bersoda boleh memberi risiko strok kepada kaum perempuan berbanding lelaki

Menurut kajian, wanita yang meminum minuman ringan bergula ataupun soda  hampir setiap hari adalah 83 peratus berkemungkinan untuk mendapat beberapa jenis strok berbanding wanita yang jarang minum soda dan lain-lain minuman  yang manis:
Kajian ini termasuk 39.786 lelaki dan wanita di Jepun antara umur di antara 40 tahun dan 59 tahun telah dikesan antara tahun 1990 dan 2008. Mereka mengisi borang soal selidik  tentang penggunaan minuman ringan mereka. Menjelang akhir tempoh kajian, 453 orang mempunyai penyakit jantung iskemia dan 1922 orang telah mengalami strok adalah wanita...
Menurut penemuan yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang telah minum (kira-kira 1 tin atau 1 botol soda sehari) mempunyai risiko yang lebih tinggi terkena strok Iskemia daripada mereka yang kurang meminum soda.... 
Hah!!! awas kepada wanita2 di luar sana yang pengemar minuman bergas nie ada banyak risiko kemungkinan terkena serangan strok . seperti yang kita ketahui strok adalah sejenis penyakit yang menyerang dengan tetiba tanpa di beri amaran terlebih dahulu hmm kira macam high attack la kot ye
Reply To This Comment

KEPELIKAN POKOK MENYERUPAI ORANG


Salam bersua kembali di petang Jumaat yang indah nie heheh..hmm dari tadi saye tgh mencari idea untuk di kongsikan kepada reader2 yang sudi terjah ke blog nie pada takde pape tu rajin2 plak nak update blog mengenai gambar diatas tu saye search dekat google mencari pokok2 yang pelik di atas muka bumi Allah nie jadi saye pun terjumpa sebatang pokokk berbentuk manusia yang sedang termenung ataupun tengah berduka lara ataupun dlm kekecewaan..... daripada gambar tersebut apekah pendapatan ataupun kkomen anda??? dapatkah kita merasai apakah yang tersirat daripada pokok tersebut??
Reply To This Comment

Khamis, 15 November 2012

GAMBAR YANG MENYEBABKAN KEMARAHAN ORANG TUA DI KOREA

Reply To This Comment

CAN-SPYDER ALAF BARU




Perghhh!!!! Best giler kan kalu dapat sebijik macam nie Can-Spyder yang telah di ubah suai menjadi sebijik macam kereta..... haaa kalu boleh letak je lambat kereta ferari lagi gempak beb!!!!!!!!!!!!!
Reply To This Comment

86 TAHUN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT



Salam Jumaat semua tertemu kita kembali setelah seharian bercuti Maa Hijrah Syukur kehadrat Illahi dapat meneruskan kehidupan yang seterusnya....ok cuba nda perhatikan gambar di atas...ini adalah pasangan yang bahagia selama 86 tahun mereka berkahwin tetapi tetap intim seperti muda-muda dahulu...aling menyayangi antara 1 sama yang lain..fuhhh bahagia sungguh pakcik dan makcik nie kan walaupun dah tua kasih sayang tetap ada sampai hujung nyawa..diaorang ni khwin pada umur 15 tahun sekarang dah mempunyai anak seramai 13 orang  hasil perkhawinan mereka agak2 kita mampukah kita memberi kasih sayang tersebut kepada orang yang tersayang hingga ke akhir hayat?????????????
Reply To This Comment

Selasa, 13 November 2012

RESTORAN CINA ADA TANDA HALAL?


Anda nampak gambar di atas? Anda nampak apa yang tertulis?? Apakah perasaan anda sekiranya anda yang nampak gambar di atas? marah..benci.nyampah,,macam nak bakar kedai tu?? semua perasaan itu telah saya lalui ketika bercuti di kedah kebetulan saya pergi hantar pengantin perempuan mark up kat kedai pengantin di daerah sungai petani,, kedai tersebut adalah kedai cina yang menjual arak tapi ada LOGO halal?? Ko nie biar betol ada kasberd lagi ko cakap halal??
Reply To This Comment

Lelaki Tukar Muka Menjadi Muka Anjing

Lelaki Tukar Muka Menjadi Muka Anjing | Gila! Inilah perkataan pertama jikka sesiapa yg nampakk ataupun membaca entri nie. Seorang lelaki yang berkemungkinan besar kehilangan kewarasan fikiran telah bertindak untuk menukar wajahnya yang agak kacak itu kepada seekor anjing secara kekal. Pembedahan kosmetik muka lelaki gila ini telah dijalankan di sebuah tempat yang tidak diketahui. Ingatlah bahawa sedangkan lelaki yang menyerupai seorang perempuan pun hukumya haram, inikan pula ingin menyerupai seekor anjing? Manusia kini sudah berani melakukan perkara di luar tabie sebegini. Tidak hairanlah gempa bumi berlaku di seluruh dunia kerana ada golongan melampau batas seperti ini. Saya yang nak baca entri pun macam tak lalu nak muntah loya tekak eeeeeeeeeeee....Mari kita lihat transformasi muka manusia kepada anjing yang dibuat oleh lelaki gila ini.
















SUMBER: MELAYUKKINI






Reply To This Comment

Terpilih Untuk Contest “iPhone 5 Gadget Impian”



Salam semua berjumpa kita sekali lagi pada hari setelah bercuti selama 5 hari blog pun tak berentri selama 5 hari juga la hehehe sori pasal tak update blog terasa rindu juga la lagipun saya balik ke kedah ada kenduri kahwin di kampung....hmmm kalut sungguh di kampung bila ada majlis perkahwinan berbeza dengan di bandar nie...orang2 kampung semuanya turun reramai untuk meriahkan majlis tersebut...tapi sebelum majlis kenduri nie diaorang datang ramai2 utk bergotong royong seperti siang bawang la,ikan la,ayam la dan bermacam2 lagi la...hmmm suasana tersebut sangat2 seronok dengan gelagat diaorang buat kerja sambil bergurau senda,,,ada juga yang melatah apabila di usik oleh rakan diaorang... rindu sangat2 suasana mcm tu masa kecik2 dulu....
ohh ye heheh lupa plak untuk banner yang saye copy dari Denaihati yang di atas tu kerana blog saya di pilih untuk meneruskan perjuangan untuk contest iPhone 5 dalam cabaran yang seterusnya so doa2 kanla saya memenanginya heheheh amin!!!!!!!

Oleh itu saya share kan bagi blogger2 yang terpilih untk meneruskan  contest


BIL.
URL BLOG
1.
http://amriawan.blogspot.com
2.
http://sayagilerpurple.blogspot.com
3.
http://ainunmardhiyyah.blogspot.com
4.
http://blog.qashmere.net
5.
http://shahrulsite.net
6.
http://lamancoretcorot.blogspot.com
7.
http://www.faizalfredley.com
8.
http://blog.amirez.com
9.
http://normj1001.blogspot.com
10.
http://ejamothman.com
11.
http://www.namiacinta.com
12.
http://akubiomed.com
13.
http://hafizrahim.com
14.
http://hatiputera.com
15.
http://www.cikpjaz.com
16.
http://kertaswarnamerah.blogspot.com
17.
http://www.khairul-zamri.com
18.
http://creativeourminds.blogspot.com
19.
http://www.ajumohit.com
20.
http://smp3lembang.blogspot.com
21.
http://www.syuhadasalleh.my
22.
http://tuudia.com
23.
http://dawaihati.com
24.
http://blogsyarih.com
25.
http://puanbee.com
26.
http://ordinarygurl-sue.blogspot.com
27.
http://toogreentobefalse.blogspot.com
28.
http://pipoq.blogspot.com
29.
http://naziman.com
30.
http://www.sensasi2020.com
31.
http://cheezemaz.blogspot.com
32.
http://askep-net.blogspot.com
33.
http://amirulhakim1996.blogspot.com
34.
http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com
35.
http://ceritacikika.blogspot.com
36.
http://www.yastro.net
37.
http://peluangtercipta.blogspot.com
38.
http://www.akmaomar.com
39.
http://wanzawawi.com
40.
http://bahrain-info.blogspot.com
41.
http://eiz1004.upprofits.com
42.
http://jmr23.com
43.
http://earncent.com
44.
http://www.ciklilyputih.com
45.
http://www.azri.my
46.
http://www.azamrashid.com
47.
http://www.fazrol.com
48.
http://www.bonikacak.com
49.
http://onlajer.blogspot.com
50.
http://www.hasrulhassan.com
51.
http://pondokkecil.com/blog
52.
http://puangojes.blogspot.com
53.
http://www.siezuka.com
54.
http://www.aminjohar.com
55.
http://education-vionet.blogspot.com
56.
http://coretancyber.com
57.
http://mylifemyprimaryplan.blogspot.com
58.
http://nurulnadiahmamat.blogspot.com
59.
http://profhariz.com
60.
http://www.zulkbo.com
61.
http://zonbebas.com
62.
http://saljuhumairah.blogspot.com
63.
http://dululainsekaranglain.com
64.
http://www.anakulucheka.com
65.
http://www.eyriqazz.com
66.
http://hakaluka.blogspot.com
67.
http://www.hafizmohd.com
68.
http://nakbebel.blogspot.com
69.
http://sharidawati.blogspot.com
70.
http://diarisakuragurl.blogspot.com
71.
http://alinmarlini.com
72.
http://ummihanie.com
73.
http://aimancool99.blogspot.com
74.
http://www.bicaramakdara.com
75.
http://wangerrard.com
76.
http://www.cikgunaman.com
77.
http://hatisamronkin.com
78.
http://aziewan.com
79.
http://www.myvitrd.com
80.
http://miri4evernet.blogspot.com
81.
http://www.faizalpj.com
82.
http://bloggernote.org
83.
http://nikkhazami.blogspot.com
84.
http://kongsibersamanora.blogspot.com
85.
http://amarzaim.my
86.
http://www.bicaramakdara.com
Reply To This Comment

Khamis, 8 November 2012

GEMPAR OPIS KEMENTRIAN TERBAKAR



Salam berita tergempar sebentar tadi isteri saya ada telefon memaklumkan bahawa pejabat 13 kementerian pelancongan di putrajaya terbakar,punca kkebakkaran tersebut tidak di ketahui sekarang anggota bomba tengah tungkus lumus memadam kebakaran tersebut dengan ketinggian tingkat 13 mungkin menyukarkan memadam kebakaran tersebut...jika ada ahli keluarga anda yang kerja di sana sila hibungi merekka untukk info terkini...........
Reply To This Comment

PANGGILAN PEGAWAI BANK ISLAM YANG BERUNSUR UGUTAN



ENTRI INI SAYA DAPAT EMAIL DARIPADA KAWAN SAYA YANG DI EMAILKAN PADA 2 3 TAHUN LEPAS JADI ADA SESTENGAH ORANG TAHU ADA YANG TAK TAHU.......ENTRI INI BUKAN NAK BERNIAT MEMBURUKKAN NAMA BANK DI NEGARA KITA,MUNGKIN ANDA PERNAH MEALUINYA JUGA....
 
Saya ingin menarik perhatian pihak pembaca sekalian tentang Bank Islam Malaysia Berhad yang pada hakikat sebenarnya samalah seperti Bank ALONG Malaysia Berhad. Saya berharap kejadian yang menimpa keluarga saya akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan dunia agar tidak melanggan Credit Card Bank Islam yang sedang hangat di pasaran sekarang. Kejadian ini berlaku pada 4 Disember 2008 apabila keluarga saya dikampung menerima panggilan dari pegawai Bank Islam yang berunsurkan ugutan yang mengakibatkan bapa saya masuk wad kerana terkejut dan diserang darah tinggi.

Saya merupakan salah seorang pemegang kad Bank Islam yang mengalami masalah kewangan (default payment) dan saya telah membatalkan kad tersebut sejak dua bulan yang lalu. Walaupun saya mempunyai masalah kewangan, saya cuba sedaya upaya untuk membayar hutang kad saya dengan jumlah yang kecil, tetapi setiap hari saya menerima panggilan telefon dari pihak Bank Islam tidak kurang dari 30 kali dan sms melebihi 40 kali bermula dari seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 malam. Semua kakitangan Bank Islam yang menelefon saya tidak pernah bersikap mesra malah memaksa saya untuk membayar walaupun berkali-kali saya jelaskan saya mempunyai masalah kewangan. Saya telah memohon bantuan dari pihak AKPK seperti yang disarankan di dalam setiap surat yang dikirimkan oleh pihak Bank Islam tetapi sayangnya pihak Bank Islam berkata mereka tidak akan melayan permohonan bayaran melalui AKPK.Saya telah menghantar sepucuk surat kepada Bank Islam berhubung dengan dengan isu AKPK ini.

Kemuncak kepada masalah ini apabila pihak bank menyelongkar semua maklumat diri saya melalui Pejabat Pendaftaran Negara dan bertindak menghubungi ibu saya yang menetap dia kampung. Pihak Bank Islam telah memberitahu ibu saya masalah hutang tersebut dan telah mengugut ibu saya bahawa rumah kami di kampung akan disita dan semua barang-barang dalam rumah akan dilelong. Mereka juga akan menghantar surat kepada ibu saya berhubung masalah hutang ini. Berita ini amat mengejutkan ibu bapa saya dan mengakibatkan bapa saya sakit.

Ibu saya menghubungi saya dalam keadaan risau dan menangis kerana kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya. Saya merasa terkejut kerana sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah menyertakan no telefon ibu bapa saya mahupun alamat mereka. Saya bertindak begitu kerana merasakan bahawa masalah saya patut ditanggung oleh diri saya sendiri. Saya benar-benar terkilan dengan tindakan pegawai Bank Islam yang berusaha keras untuk mendapat bayaran yang berjumlah RM5000 dan menyamakan jumlah pinjaman RM5000 tersebut dengan nilai sebuah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Malah saya juga pelik kenapa ibu bapa dan adik beradik saya diheret dalam kemelut ini memandangkan saya sudah berkahwin dan tidak menetap dengan ibu bapa saya lagi. Pihak Bank Islam HQ telah menghubungi Bank Islam di kampung saya dan meminta mereka menyerahkan penyata kad kredit saya kepada ibu bapa saya. Tindakan Bank Islam tidak ubah seperti ALONG yang kejam dan mencekik darah. Ibu saya turut menyatakan bahawa pihak Bank Islam menerima pembayaran yang saya lakukan setiap bulan tetapi jumlah itu terlalu kecil oleh sebab itu mereka ingin bertindak untuk menyita dan melelong barang-barang di rumah ibu bapa saya.

Jika ALONG di Malaysia akan mencari peminjam hingga ke lubang cacing dan membunuh mereka, tindakan Bank Islam juga tidak ada kurangnya. Saya menjadi amat tertekan dan ketakutan setiap kali saya menerima panggilan dari Bank Islam yang tidak kurang dari 30 kali sekali seawal jam 8 pagi hingga 12 malam dan sms yang dikirimkan bertubi-tubi sehingga inbox penuh. Itu lah MENTAL TREATMENT yang saya lalui setiap hari sepanjang 2 bulan ini. Kini Bank Islam bertindak dengan lebih agresif apabila mencari dan menghubungi sanak saudara yang tidak terlibat dalam permasalahan dan perjanjian dengan Bank Islam. Adakah selepas ini Bank Islam akan datang mengetuk pintu-pintu rumah, menyimbah cat dan mengertak secara berdepan? Adakah ini cara Islam sebenarnya? Inikah kemanusiaan Bank Islam Malaysia Berhad?

Beginikah cara layanan yang wajar diterima oleh seorang Islam oleh sebuah bank yang menggunakan agama Islam sebagai pemangkin? Adakah ugutan dan desakan begini yang disarankan dalam Islam walaupun saya mengalami masalah kewangan? Jika benarlah pihak Bank Islam menjalankan perniagaan berasaskan Al-Quran dan Sunnah, maka mereka tidak akan terlepas pandang dengan ayat 280 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, " Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui'. Adakah begitu sukar bagi pihak Bank Islam untuk bersabar kerana keseluruhan rakyat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan saya juga tidak terlepas dari bahana itu, jika saya benar-benar ingin melarikan diri saya tidak akan berikhtiar untuk menjelaskan hutang tersebut setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Malah saya bekerja sambilan untuk memastikan wang belanja saya cukup dan saya dapat juga membayar hutang saya walaupun dengan jumlah yang kecil.

Satu lagi isu yang menjadi kemusykilan saya, adakah AKPK itu satu pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh Bank Islam sehingga rakyat Malaysia tidak layak menggunakan mereka sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah kredit seperti yang diwarwarkan di dada akhbar dan kaca TV. Saya juga berhubung dengan bank-bank konvensional yang terdapat di Malaysia tetapi layanan yang diberikan tidaklah seburuk dan sebiadap Bank Islam.
Bersama ini saya sertakan nombor-nombor telefon yang telah menghubungi saya dan mengsms saya seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam, 03-78739409, 0378742761, 0378747508, 0378747517, 0378742769, 0378742761.0378730119, 0378730120, 0192157573, 0169959589, dan 0129046824.
Reply To This Comment

TAHUKAH ANDA BERAPA USIA BUMI


Assalamualaikum. ..Just nakk share
>>> Mesti korang tkejut kan..neway, just
>>> bace dulu n evaluate it later...Allah
>>> sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti
>>> kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah
>>> disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu
>>> dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil
>>> oleh NASA.]
>>>
>>>
>>> a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan
>>> hidup selama 1500 tahun... sekarang
>>> sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...
>>> daripada ini kita ketahui kita akan
>>> bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
>>> Jikalau ini benar, bumi akan kiamat
>>> pada
>>> tahun 2066
>>>
>>>
>>> b) Saintis telah menjumpai sebuah
>>> planet yang lebih kecil daripada bumi
>>> yang menghala ke bumi.. Ia telah
>>> dianggarkan bahawa planet itu akan
>>> melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika
>>> akan cuba untuk menukarkan orbitnya
>>> dengan menembaknya dengan sebuah
>>> roket... Dan saintis juga telah
>>> menjumpai sebuah planet yang juga akan
>>> menghentam bumi... Ia dianggarkan akan
>>> melanggar bumi dalam masa 60 tahun
>>> lagi.. Dan planet ini lebih besar
>>> daripada bumi... Jikalau ini benar,
>>> dunia akan musnah pada tahun 2065....
>>>
>>>
>>> c) Dan dikatakan kuasa Israel akan
>>> mencapai puncaknya pada tahun 2007...
>>> Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14
>>> tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan
>>> oleh
>>> penurunan semula Nabi Isa... . Dan
>>> hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
>>> akan hidup selama 40 tahun dan dunia
>>> akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
>>> Jikalau ini benar dunia akan kiamat
>>> pada
>>> tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan
>>> Kiamat Antara Tahun 2062-2066
>>> Wallahu'alam. ..
>>>
>>>
>>> Semua ini telah dikaji... Dan yang
>>> dipercayai paling tepat ialah hadith
>>> yang mengatakan bahawa umat Rasulullah
>>> akan bertahan selama 1500 tahun... Kita
>>> telah berada di bumi ini selama 1439
>>> tahun... Cubalah anda kirakan
>>> sendiri...
>>>
>>>
>>> Beribadatlah wahai umat Islam
>>> sekalian... Ini adalah antara
>>> berpuluh-puluh artikel di internet yg
>>> seperti ini. Dan jangan tunggu artikel
>>> seperti ini dikeluarkan baru kita nak
>>> buat amal. Benda ni dah diajar sejak
>>> kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba.
>>> hanya orang yang leka dengan dunia shj
>>> yang akan rugi. berhibur tidak salah
>>> tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh
>>> Allah. Patuhi suruhan Allah dan
>>> tinggalkan yang mungkar. dan korang
>>> jangan risaula..aman dunia
>>> akhirat..sama- sama kita doakan
>>> kesejahteraan untuk semua umat Islam.
>>>
>>>
>>> P/s : mmmm kalu rajin pass la kat
>>> kawan2 korang erk.. sian kawan2 korang
>>> kalu tak tau ni...
>>> Wallahua'lam. .
Reply To This Comment

PEKERJAAN JANGKA HAYAT YANG PENDEK

Salam semua hari nie entri bergambar saje mengenai pekerjaan yang boleh memendekkan jangka hayat korang di atas dunia nie so mari kita lihat







Reply To This Comment

Remaja Di tumbuk Disebabkan Facebook



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Gara-gara memberi komen berhubung gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook, seorang remaja wanita cedera dipukul dan ditumbuk sekumpulan individu yang dipercayai marah terhadap komen tersebut.
Mangsa berusia 18 tahun dikatakan telah memberi komen yang menyinggung perasaan seorang rakan wanita di Facebook sehingga menyebabkannya 'naik angin' lalu mengajak gadis terbabit bersemuka di satu lokasi di Kepong di sini, awal pagi Isnin lalu.
Dalam pertemuan tersebut, suspek bersama lima rakan termasuk seorang lelaki dipercayai bertindak memukul dan menumbuk mangsa yang datang ditemani suami dan seorang adiknya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam pergaduhan itu, suami mangsa yang membawa sebilah parang bertindak mengejar suspek menyebabkan mereka bertempiaran melarikan diri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Reply To This Comment