Jumaat, 16 November 2012

MINUMAN BERSODA BAHAYA KEPADA WANTA


Satu kajian baru dari Jepun telah menyifatkan bahawa minuman bersoda boleh memberi risiko strok kepada kaum perempuan berbanding lelaki

Menurut kajian, wanita yang meminum minuman ringan bergula ataupun soda  hampir setiap hari adalah 83 peratus berkemungkinan untuk mendapat beberapa jenis strok berbanding wanita yang jarang minum soda dan lain-lain minuman  yang manis:
Kajian ini termasuk 39.786 lelaki dan wanita di Jepun antara umur di antara 40 tahun dan 59 tahun telah dikesan antara tahun 1990 dan 2008. Mereka mengisi borang soal selidik  tentang penggunaan minuman ringan mereka. Menjelang akhir tempoh kajian, 453 orang mempunyai penyakit jantung iskemia dan 1922 orang telah mengalami strok adalah wanita...
Menurut penemuan yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang telah minum (kira-kira 1 tin atau 1 botol soda sehari) mempunyai risiko yang lebih tinggi terkena strok Iskemia daripada mereka yang kurang meminum soda.... 
Hah!!! awas kepada wanita2 di luar sana yang pengemar minuman bergas nie ada banyak risiko kemungkinan terkena serangan strok . seperti yang kita ketahui strok adalah sejenis penyakit yang menyerang dengan tetiba tanpa di beri amaran terlebih dahulu hmm kira macam high attack la kot ye

Tiada ulasan: