Rabu, 31 Oktober 2012

Tasha Shilla memakai baju bersimbol salib



Pelakon jelita, Tasha Shilla tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang mengatakan pakaian yang dipakainya ketika majlis pelancaran untuk Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang bertemakan ‘fairy tale’ terdapat simbol salib.
Selain Tasha, beberapa lagi artis wanita turut mengadakan peragaan pakaian di atas pentas dimana dalam peragaan tersebut, Tasha telah memakai ‘dress’ rekaan Hazwani Omar yang jelas menampakkan simbol salib di depannya.
Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, Tasha yang dilabel sebagai tidak sensitif dengan perasaan umat Islam, memberitahu bahawa dia langsung tidak nampak ada apa-apa simbol pada baju yang dipakainya.
“Saya tak perasan pun ada simbol yang tidak sepatutnya pada baju yang Tasha pakai ketika itu.
“Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang kerana ketika Tasha memakai baju itu, pereka fesyen turut ada sama,” katanya.
Enggan membesarkan lagi isu tersebut, Tasha mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Hazwani menjelaskan bahawa dia tidak berniat langsung untuk mereka pakaian yang mempunyai simbol salib.
“Saya memang tak ada niat langsung dan tak terlintas di fikiran tentang simbol itu kerana saya sebagai seorang pereka sememangnya teliti dengan setiap rekaan yang dipertunjukkan,” katanya yang berjanji akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.
SUMBER KOSMO
Reply To This Comment

BILA ISTERI TAKK CANTIK




Salam semua kepada reader2 di laman coret corot ku ini,hari nie seperti biasa buat post entri.... sebelum tu entri2 yg saya post smlm adalah entri daripada blog saya yang terdahulu yang saya buatkan tetapi blog tu saya terlupa passwordnya jd cuma linknya saja yg saya ingat so saya amikk entri2 tersebut dan di postkan dlm blog nie....sebelum tu juga untuk entri hari nie pn mcm begitu juga tetapi entri2 nie semua daripada email saya yg d emailkan oleh kawan2 saya termasuk isteri saya sendiri..........so selamat membaca....

Baca la kalu free.....

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
  

To All Reader,
         
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
         
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
         
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
         
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
         
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
         
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.  Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
         
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan
rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
         
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
         
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
         
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
         
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
         
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
         
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah  bukan tempat kita untuk
berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,          fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah
.......
Reply To This Comment

"KISAH YANG SEMEMANGNYA NYATA"

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku

terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku

sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara


anak2 &

isteri sedang berkumpul diruang tengah.

 

 

 

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin

sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang

yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya

tiba2 sudah berdiri di depan mata.

 

 

 

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum

sempat bertanya..... siapa dia... tiba2 aku merasa dada ku sesak...

sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup

udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang

berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan.....kekerongkongku....

sakittttttttt........

sakit......rasanya.

 

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,....

 

 

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang

masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari

tubuhku...kkhh......... khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit

rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda

tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku

terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku

kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat

benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu

saja.... hilang dari pandangan.

 

 

 

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,

segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2

ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke

arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada

tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya

membiru. Siapa dia???????...Mengapa anak2 & isteriku memeluknya

sambil menangis...mereka menjerit... histeria .... terlebih isteriku

seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa

dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya

dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa

ini Tuhan...????????

 

 

 

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula

untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau

itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai

berteriak.....

tapi

mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...

Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa

lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku

telah mati.

Aku

telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis....

berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

 

 

 

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk

membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk

membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah

terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di

sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan

mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk

 keluarga dll.

 

 

 

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum

sholat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih

bias membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku

MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat

kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada

keadaan yang lebih bersedia.

 Mari berlumba dalam kebaikan.

 

Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu,

Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka??..
Reply To This Comment

For MEN only...xpe la, women also can


81 ways to win your wife’s love

1. Make her feel secure, don’t threaten her with divorce.
2. Give sincere Salaams.
3. Treat her gently, like a fragile vessel.
4. Advise in private, at the best time, in the best way and atmosphere.
5. Be generous with her.
6. Warm the seat for her, you will warm her heart.
7. Avoid anger, be in Wudhu at all times.
8. Look good and smell great for your wife.
9. Don’t be rigid or harsh-hearted or you will be broken.
10. Be a good listener.
11. Yes for flattery. No for arguing.
12. Call your wife with the best names, cute nicknames, and names she loves to hear.
13. A pleasant surprise.
14. Preserve and guard the tongue.
15. Expect, accept, and overlook her shortcomings.
16. Give sincere compliments.
17. Encourage her to keep good relations with her family.
18. Speak of the topic of her interest.
19. Express to her relatives, how wonderful she is.
20. Give each other gifts.
21. Get rid of routine, surprise her.
22. Have a good opinion of each other.
23. Have good manners, overlook small things, don’t nitpick.
24. Add a drop of patience, increase during pregnancy, menses.
25. Expect and respect her jealously.
26. Be humble.
27. Sacrifice your happiness for hers.
28. Help at home, with housework.
29. Help her love your relatives, but don’t try to force her.
30. Let her know that she is the ideal wife for you.
31. Remember your wife in Du’a.
32. Leave the past for Allah, don’t dwell on, dig into, or bring it up.
33. Don’t act as if you are doing her a favor by working or providing, Allah is the Provider, the husband is the carrier of the sustenance to the family.
34. Take Shaitan as your enemy, not your wife.
35. Put food in your wife’s mouth.
36. Treat your wife like she is the most precious pearl that you want to protect.
37. Show her your smile.
38. Don’t ignore the small things, deal with them before they be come big.
39. Avoid being harsh-hearted.
40. Respect and show that you appreciate her thinking.
41. Help her to find and build her inner strengths and skills.
42. Respect that she might not be in mood for intimacy, stay within Halaal boundaries.
43. Help her take care of the children.
44. Give her gifts with your tongue, be an artist with your compliments.
45. Sit down and eat meals together.
46. Let her know that you will be traveling or returning from travel, give her sufficient notice.
47. Don’t leave home in anger.
48. Maintain the secrecy and privacy of the home.
49. Encourage each other in worship.
50. Respect and fulfill her rights upon you.
51. Live with her in kindness, goodness, fairness in good and bad times.
52. Kiss your wife, foreplay, don’t jump on her like a bull.
53. Keep disputes between the two of you, don’t take it outside.
54.. Show care for her health and well-being.
55. Remember you are not always right or perfect yourself.
56. Share your happiness and sadness with her.
57. Have mercy for her weaknesses.
58. Be a firm support for her to lean on.
59. Accept her as is, she is a package deal.
60. Have a good intention for her.
61. Cook a dish for her.
62. Designate a nice, clean, spacious area in your home for the two of you to pray at night whenever you can.
63. Women love flowers. Make a trail of them on the floor leading to the gift you made for her.
64. Give her a nice massage when she least expects it.
65. Send your wife a text message out of the blue with a message of love.
66. Send your wife an email without a reason.
67. Go out on a date or a get-away for the weekend in a nice location, preferably without kids.
68. Do something for your wife’s family, whether it is a gift, or a chat with her teen brother who needs mentoring, or whatever. It will get you lots of brownie points.
69. Do not keep reminding and demanding your rights all the time.
70. Shop groceries for her and call her from the store and ask her what she needs for the home, for herself or for her to give to people as gifts.
71. Ask her if she would like to invite her female friends over for ladies only get together and arrange for the dinner.
72. Ask her to send gifts to her parents and siblings.
73. Help her parents pay off debt. Send her poor relatives some money.
74. Write love notes or poems and place them in the book she’s been reading.
75. If she tells you something she had just learned from the Qur’an or Hadith, do not dismiss her or ridicule her effort, instead listen to her and take her word.
76. Plant her a kitchen garden with all kind of herbs she needs for cooking.
77. Adopt a kitten for her if she likes.
78. Update her PC or laptop with a new one or get her a new mobile phone.
79. Learn to do a special massage technique and surprise her with your new expertise.
80. Teach your children to respect and honor their mother.
81. Be humorous with her when she makes a mistake in the kitchen (like when she put too much salt or burnt her baking).

Reply To This Comment

Selasa, 30 Oktober 2012

CERITA PASAL KALKATU



Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.   
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.   
Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.   
                         
MORAL & IKTIBAR   
 
  • Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu  .
  • Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat . 
  • Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan  dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.
Reply To This Comment

Tips utk jadi org cemerlang - oleh Dr. Fadzilah Kamsah



These are extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah in the seminar... sorry, there are more but i can't fathom all!

Tatacara makan & minum

* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah
(Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak
(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :- BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.
Reply To This Comment

TERPERANGKAP DI DALAM GUA



Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.   
Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal.   Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada  Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka.  Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul  dengan amal kebajikan yang mereka buat.   
Pemuda pertama berdoa:   
"Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa  saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang,  saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya  walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya  Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku  dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini."   
Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka  masih belum boleh keluar.   
Giliran pemuda kedua berdoa:   
"Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung  perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang  mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya  untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian,  pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya  termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini  merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam  kesusahan ini!"   
Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi  masih belum boleh keluar.   
Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga:   
"Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang  dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik  kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan  membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa  bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta  bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu  dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya  berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan  terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang  tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah,  sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari  kesusahan ini."   
Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan  selamat.   
MORAL & IKTIBAR   
 
  • Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar  berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.  
  • Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal  kebajikan yang kita lakukan.  
  • Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah  Wal Jamaah  
  • Dalam melaksanakan sesuau pekerjaan eloklah bermuafakat  terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat  
  • Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh  
  • Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh  
  • Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh
Reply To This Comment

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH



Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".  
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."  
Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."  
Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"  
Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."  
                        
 
MORAL & IKTIBAR  
  • Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang 
  • Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran. 
  • Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi. 
  • Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan
Reply To This Comment

PENCURI KAIN KAPAN



Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kapan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api menjulang-julang keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pingsan.   
Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa dengan seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan dan ingin bertaubat. Dia mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. Hanya 2 kubur saja yang mayatnya masih mengadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain, semua mayat itu telah berpusing membelakangkan kiblat. Syeikh Joned menerangkan mayat-mayat yang berpusing membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak atau ragu-ragu tentang jaminan rezeki oleh Allah.   
  
MORAL & IKTIBAR   
 
  • Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi. 
  • Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah 
  • Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a'asi (maksiat) 
  • Jangan menghina atau memandang rendah kaki maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu. 
  • Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya diterima di dalam kubur lagi. 
  • Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.
Reply To This Comment

TUKANG KASUT DAN RAJA

gambar hiasan..

Seorang alim meminta tukang kasut menampal kasutnya yang koyak. Orang alim itu tidak mempunyai wang sebagai upah kepada tukang kasut. Sebagai ganti dia hendak mengajarkan satu ilmu agama kepadanya. Tukang kasut itu tidak bersetuju dan tetap hendakkan wang sebagai upah.  
Di negeri yang sama, seorang raja menyerahkan anaknya kepada Tok Guru untuk mendalami ilmu agama. Bertahun-tahun anaknya belajar di pondok Tok Guru tetapi tidak dapat apa-apa kecuali mahir dalam satu bab saja iaitu Bab Haid. Apabila Raja mengetahui anaknya mahir dalam agama walau satu bab sahaja, dia menyerahkan semua hartanya kepada si-anak tadi.  
 
MORAL & IKTIBAR  
 
  • Orang yang mengasihi dunia lebih suka mendapat ganjaran yang sedikit daripada dunia.  
  • Peminat dunia tidak begitu menghargai nilai ilmu agama  
  • Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Dalam hal ini tukang kasut tidak dapat hidayah Allah.  
  • Akal manusia tidak dapat menilai suatu yang baik hanya berdasarkan kepada logik akal tanpa merujuk kepada ajaran agama.  
  • Mereka yang dapat menilai kepentingan ilmu berasa bertuah meskipun hanya dapat satu ilmu saja kerana nilai di sisi Allah adalah amat besar.  
  • Wang ringgit akan habis tetapi ilmu agama kekal sebagaimana kekalnya akhirat. 
  • Wang ringgit bukan menjadi ukuran keredhaan Allah 
  • Manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya 
  • Bukan semua orang miskin menyintai agama, dan bukan semua orang kaya menyintai dunia 
Reply To This Comment

MALAYSIA JUMPA GALI MINYAK TERBARU


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

“Oleh itu, medan minyak itu adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.

“Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.

PETRONAS Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil adalah usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum PETRONAS Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

“Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil,” katanya. - SUMBER BERNAMA
Reply To This Comment

Wanita Dunia Paling Cantik 2012 Adakah Beyonce?




Beliau telah menolak idea bahawa seorang gadis muda bertukar menjadi "Mak Cik" selepas melahirkan bayi seperti contoh pelakon Bollywood, Aishwarya Rai menghadapi teori ini tetapi Beyonce telah menolak dakwaan tersebut." Penyanyi Beyonce telah dinamakan sebagai "Wanita Dunia Paling Cantik 2012".
Senarai artis perempuan paling cantik telah diterbitkan dan kemuncak dalam senarai ini adalah Beyonce. Banyak artis wanita berfikir bahawa jikasekkiranya mereka  menjadi seorang ibu, ia akan memberi kesan kepada kecantikan mereka tetapi artis, "Beyonce" merasakan bahawa dia adalah lebih cantik berbanding sebelum ini selepas menjadi seorang ibu dan dia dinamakan "Wanita Dunia Paling Cantik".
Beliau memberitahu kepada majalah terbitan khas tahunan di US. Beliau juga mendedahkan rahsia semasa tempoh dalam  kehamilan tersebut, berat badan semakin naik dengan mendadak.. tetapi kini dia mengambil diet protein yang berasakan serat untuk mengurangkan berat badan yang ideal....


Penambahan berat badan dan takut kurang cantik adalah masalah besar bagi sesetengah artis wanita semasa hamil tetapi Beyonce menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk mengekalkan kecantikan anda semasa mengandung tetapi dia juga mengakui bahawa menjadi seorang ibu lebih meyakinkan beliau untuk cuba memakai kasut rata yang selesa untuk dia kerana kini dia mempunyai masa untuk mengendong anaknya sepanjang hari, kasut tumit rata selesa untuk beliau memakainya.....

Tetapi dia juga berkata bahawa dia tidak pernah terfikir akan pada satu hari apabila dia tidak boleh memakai kasut tumit. Itu tidak lebih, dia juga mendahului dalam senarai sepuluh bintang yang paling cantik yang dicalonkan oleh banyak majalah lain.





Reply To This Comment

SALAM SEMUA




Hai................salam semua thanks a lot too all coz ade follow blogku nie utk hari nie takde entri ape2 coz tak ade idea nk tulis heheh soryyy...sori hari nie saye bebas berjalan2 mundar-mandir ke blog2 org sambil membaca entri2 yg terkini dan sensasi.... hmmm pada yg baru datang ke laman coret corot ku ini saya ucapkkan selamat datang sekiranya dah datang sila tinggal link blog korang utkk memudahkan saya tinjau kembali blog korang balik InsyaAllah,,,so disini saya mohon maaf sekiranya blog ataupun entri saya nie kurang meyerlah ataupun tidak menepati citarasa anda semua,lagipun biasala saya manusia biasa seperti anda jugakkan hehe......ape2 hal pun buatlah yang terbaik eh dah pun jadi entri walaupu dlm mase 2 minit menaip hehe...so all the best my friend love u all ways
Reply To This Comment

Rabu, 24 Oktober 2012

SELAMAT HARI AIDIL ADHA





Salam semua saya dan keluarga mengucapkkan selamat hari raya aidil adha kepada semua kwan2 yang sudi menjengah blog ku ini  tak lupa juga kepada pefollow blog laman coret corot ku nie,moga2 dengan lebaran nie lebih bermakna bagi korang semua semoga hepy2 selalu raye haji nie tak balikk kampung la, nak raye kat sini pula hehehe,,,,so start je ptg nie dah mula bercuti hahah jangan jeles ye.......
 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI LAMAN CORET COROT KU

Reply To This Comment

Ahad, 21 Oktober 2012

JANGAN PAKAI KAIN BURUK DI RUMAH

Hai semua bertemu pula kita di entri yang seterusnya....hari nie mcm biasa kerja pn takk banyak ape lagi tgh godek2 kat pakcik google nie kot2 jumpa info2 yg boleh di share kat blog nie hehehehe.pas cari semua saya pun terjumpa 1 info nie ha perkkara yang selalu sangat berlaku dlm rutin kehidupan kita hahaha!!!!! 
juz share what i share!!!!



Pemakaian pakaian dlm yg tepat dan sesuai boleh juga membantu keterampilan anda mejadi lebih selesa, sempurna dan meningkatkan keyakinan diri sendiri..Dan amat penting dalam intitusi kekeluargaan seseorang.
 Sayangnya dlm hal nie mungkin di pandang remeh ataupun sekalis pandang saja tetapi membawa impak maksim kiranya agak merbahaya!!!! Khususnya pada kaum WANITA. Malah, ada ramai wanita yang tidak memperdulikan hal penampilan mereka semasa berada di rumah. mereka beranggapan "ALAH setakat dok di umah buat apa nak pakai yang mahal dan cantik, atau aku kan dh jadi wife dia tak payah pun takpa aihh!!!" Apa nak di malukan dia tu husband aku what!!
hmm oleh denganya alasan sebegini mugkin mereka rasa berada dalam "SAFE AREA" pasal diaorang memilih pakaian mcm ala kadar semasa berada di rumah,haaa tapi jangan terkejut ada sestengah wanita yang dh kahwin nie selesa dengan pakaian baju tido, pakaian dalam yang kendur malah ada yang terkoyakk pun ada heheheh.....(tidak Di nafikkan)
Mungkin ada yang merasa selesa dengan pakaian tersebut namun berhati-hatilah wahai sang WIFE di sebab kan hal yg remeh temeh niela selalunya membuatkan pasangan anda hilang keghairahan kepada anda mungkin dlm masa yang panjang boleh menyebabkan mempengaruhi keharmonian runahtangga anda..
kadang2 tak di nafikan lah mungkin di sebabkan faktor usia ataupun graviti membuatkkan beberapa bahagian tubuh anda seperti payudara kendur dan kekurangan keindahan penampilan anda. oleh itu untuk mengatasinya pemilihan pakaian seharusnya tepat dan sesuai untuk membantu mengimbang sekali gus menjaga imej penampilan anda untuk menjadi menarik,tertarik dan cantik keba booom!!!!!! untuk wanita yang berbadan gempal setelah melahirkan anak percayalah pemakain pakaian dalam yg berkualiti sedikit sebanyak dapat membantu memperbaiki penampilan tersebut.
Dan juga pasangan anda juga tidak hilang selera gara-gara "kain buruk"..........
Percayalahhhhhhhh!!!! apabila anda mendapat perhatian dari husband anda tidak berkurangan itulah petanda anda masih ada daya tarikan yang menakjubkan......
oleh itu jangan sesekali memakai "KAIN BURUK" di rumah apatah lagi di depan pasangan anda.......
TAMAT..

Reply To This Comment

TERIMA KASIH BUAH

Salamsejahtera dan selamat pagi kepada blogger2 yang sudi singgah ke laman coret corot ku ini hari nie entri saya menyentuh mengenai khasiatnya buah-buahan tempatan yang terdapat di malaysia Bukan setakat sedap di makan tetapi ianya di gunakan sebagai AWEK MUDA oleh nenek moyang kita dari dulu kala lagi oleh yang sedemikian teruskan membaca yang seterusnya ngeh...ngeh...ngeh
PISANG
 Pisang sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan protien lemak semula jadi yang boleh digunakan pada semua jenis kulit. Pisang adalah antara rahsia AWEK MUDA. Buah yang senang di dapati ini bebas lemak dan kaya dengan vitamin, kalium, kalsium, dan mangan (manganese).

CARA-CARA MENGGUNAKAN PISANG UNTUK AWEK MUDA

 - sangat bagus untuk pupur muka, caranya hancurkn apa saja jenis pisang dan perapkan pada muka selama 15 minit hingga 30 minit,pastu bilas dengan air sejuk. Pupur pisang nie sebenarnya sangat bagus untuk melembabkan, menegangkan, mengurangkan parut pada wajah.

- Pupur pengelupasan (exfoliating)- kisarkan pisang dan campurkan dengan lumpur cina, sapukan pada kulit, biarkan ianya kering dan bilas  dengan air sejuk.

- Melembut dan menghaluskan kulit tangan.. Hancurkan pisang bersama sedikit mentega dan urut lembut pada tangan,, lakukan selama 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk

P/S= jangan bilas dengan air panas ataupun suam kerana khasiat buah akan terhapus....




 EPAL

Boleh digunakan sebagai penyegar dan digunakan untuk merawat penyakit kulit sejak zaman berzaman 

CARA-CARANYA

- Campurkan satu cawan jus epal ke dalam air mandian untuk menbersih dan melembut kulit
- Jus epal boleh digunakan sebagai penyegar nafas.



BETIK

Kaya dengan enzim semula jadi dan antaranya buah yang terbaik untuk membersihkan kulit
CARA-CARANYA
 Campurkan betik yang sudah dilenyet dengan dua sudu besar jus alovera dan urutkan pada seluruh tubuh hanya sebulan sekali saja. Biarkan tidak lebih kurang dalam masa 5 minit kemudian bilas sampai bersih. Pupur ini tidak sesuai untuk wajah bagi mengelak iritasi.



STRAWBERI

Berkesan untuk melembut dan menegangkan kulit. Buah ini kaya dengan salcyclic acid, yang selalu digunakan dalam krim mencegah jerawat dan sesuai untuk kulit remaja yang bermasalah.

CARA-CARANYA
 -Campurkan setengah cawan strawberi segar bersama satu sudu besar susu masam (krim masam ataupun dadih biasa) dan sapukan pada muka (pupur) seminggu sekali.
- Makan Strawberi ataupun menggosokkanya pada gigi boleh memutihkan gigi dan menyegarkan nafas




PIC

Sangat bagus untuk kulit kering.

CARA-CARANYA

- Lenyekkan pic bersama satu besar dadih biasa dan pupurkan pada muka. Biarkan dalam masa 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk.







NENAS

Seperti betikk, nenas sangat bagus untuk melembutkan kulit, membersih dan menyegarkan kulit yang kering dan kusam. Kaya dengan enzim dan berupaya menarik keluar sel mati terutama kulit kasar seperti pada lutut, siku dan tumit kaki.

CARA-CARANYA

- Gosokkan nenas pada badan seperti anda mengunakan bunga karang (sponge) atau petola (loofah) ketika mandi untuk membuang kulit mati dan mencerahkan tubuh.

- Kisar satu potong nenas bersama satu sudu besar tepung (Tepung Beras) dan pupurkan pada muka untuk mencerahkan kulit muka.




LEMON/LIMAU NIPIS
Bahan yang sangat mudah diperolehi di rumah anda, sangat manfaat untuk membersih dan menyegarkan kulit.

CARA-CARANYA
- Potong lemon/limau nipis dan gosokkan pada kulit kasar seperti pada siku, lutut dan tumit kaki untuk melembutkannya.

- Potong lemon/limau nipis tadi dan di buat untuk mandi dan menghilangkan bau badan dengan mencampurkan beberapa sudu patinya ke dalam air mandian,,,


SELAMAT MENCUBA
Reply To This Comment

Selasa, 16 Oktober 2012

NEELOFA DI PANGKUAN SESEORANG

Salamsejahtera semua kepada korang sudi menjengah laman coret corot ku ini... ribuan terima kasih kerana sudi datang.
   Ok untuk entri kali nie saya nk cerita sikit mengenai seorang artis yg terkenal dia malaysia pada masa kini lah ye.... hmmm cerita pn saya dapat dari salah 1 dari blog juga dah tak tau nak buat ape kat opis abis tu tgn pn mengatal nk search sesuatu kat pakcik google,,, sekali search artis malaysia terjumpa la gan cik Neelofa kite ni ha yg sedang hangat di perkatakan sedang bercinta dengan jejaka malaya
    Dengar kate jejaka nie artis malaya juga,,,mungkin korang dapat teka kot sape jejaka tersebut yg sedang Neelofa memaut lengan jejaka tersebut, dengar kate ramai yg cakap tu adalah Hans Isaac.....
walaupun cik Neelofa nie menafikan sekeras2nye bahawa dia tidak cintan-cinton gan Hans nie
    Tetapi hujan tak selalunya di mlm hari tp hujan di senja hari,,,akhirnya terkantoi mantoi diaorg berdua nie pergi shopping complex dekat The Curve......
    Hmmmm mungkin cik Neelofa nak Hans yg berterus terang dulu kot yg mereka sedang bercinta.....
tiada saiapa yg tahu....TAMAT


MINUMAN YANG DI PERKAYAKAN
DAPATKAN SAMSUNG SII DISINI  
Kalau tak tahu lagi...Hari Pengundian sudah sampai!
Reply To This Comment