Rabu, 31 Oktober 2012

Tasha Shilla memakai baju bersimbol salib



Pelakon jelita, Tasha Shilla tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang mengatakan pakaian yang dipakainya ketika majlis pelancaran untuk Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang bertemakan ‘fairy tale’ terdapat simbol salib.
Selain Tasha, beberapa lagi artis wanita turut mengadakan peragaan pakaian di atas pentas dimana dalam peragaan tersebut, Tasha telah memakai ‘dress’ rekaan Hazwani Omar yang jelas menampakkan simbol salib di depannya.
Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, Tasha yang dilabel sebagai tidak sensitif dengan perasaan umat Islam, memberitahu bahawa dia langsung tidak nampak ada apa-apa simbol pada baju yang dipakainya.
“Saya tak perasan pun ada simbol yang tidak sepatutnya pada baju yang Tasha pakai ketika itu.
“Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang kerana ketika Tasha memakai baju itu, pereka fesyen turut ada sama,” katanya.
Enggan membesarkan lagi isu tersebut, Tasha mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, Hazwani menjelaskan bahawa dia tidak berniat langsung untuk mereka pakaian yang mempunyai simbol salib.
“Saya memang tak ada niat langsung dan tak terlintas di fikiran tentang simbol itu kerana saya sebagai seorang pereka sememangnya teliti dengan setiap rekaan yang dipertunjukkan,” katanya yang berjanji akan lebih berhati-hati dalam mereka pakaian selepas ini.
SUMBER KOSMO

Tiada ulasan: