Ahad, 21 Oktober 2012

TERIMA KASIH BUAH

Salamsejahtera dan selamat pagi kepada blogger2 yang sudi singgah ke laman coret corot ku ini hari nie entri saya menyentuh mengenai khasiatnya buah-buahan tempatan yang terdapat di malaysia Bukan setakat sedap di makan tetapi ianya di gunakan sebagai AWEK MUDA oleh nenek moyang kita dari dulu kala lagi oleh yang sedemikian teruskan membaca yang seterusnya ngeh...ngeh...ngeh
PISANG
 Pisang sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan protien lemak semula jadi yang boleh digunakan pada semua jenis kulit. Pisang adalah antara rahsia AWEK MUDA. Buah yang senang di dapati ini bebas lemak dan kaya dengan vitamin, kalium, kalsium, dan mangan (manganese).

CARA-CARA MENGGUNAKAN PISANG UNTUK AWEK MUDA

 - sangat bagus untuk pupur muka, caranya hancurkn apa saja jenis pisang dan perapkan pada muka selama 15 minit hingga 30 minit,pastu bilas dengan air sejuk. Pupur pisang nie sebenarnya sangat bagus untuk melembabkan, menegangkan, mengurangkan parut pada wajah.

- Pupur pengelupasan (exfoliating)- kisarkan pisang dan campurkan dengan lumpur cina, sapukan pada kulit, biarkan ianya kering dan bilas  dengan air sejuk.

- Melembut dan menghaluskan kulit tangan.. Hancurkan pisang bersama sedikit mentega dan urut lembut pada tangan,, lakukan selama 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk

P/S= jangan bilas dengan air panas ataupun suam kerana khasiat buah akan terhapus....




 EPAL

Boleh digunakan sebagai penyegar dan digunakan untuk merawat penyakit kulit sejak zaman berzaman 

CARA-CARANYA

- Campurkan satu cawan jus epal ke dalam air mandian untuk menbersih dan melembut kulit
- Jus epal boleh digunakan sebagai penyegar nafas.



BETIK

Kaya dengan enzim semula jadi dan antaranya buah yang terbaik untuk membersihkan kulit
CARA-CARANYA
 Campurkan betik yang sudah dilenyet dengan dua sudu besar jus alovera dan urutkan pada seluruh tubuh hanya sebulan sekali saja. Biarkan tidak lebih kurang dalam masa 5 minit kemudian bilas sampai bersih. Pupur ini tidak sesuai untuk wajah bagi mengelak iritasi.



STRAWBERI

Berkesan untuk melembut dan menegangkan kulit. Buah ini kaya dengan salcyclic acid, yang selalu digunakan dalam krim mencegah jerawat dan sesuai untuk kulit remaja yang bermasalah.

CARA-CARANYA
 -Campurkan setengah cawan strawberi segar bersama satu sudu besar susu masam (krim masam ataupun dadih biasa) dan sapukan pada muka (pupur) seminggu sekali.
- Makan Strawberi ataupun menggosokkanya pada gigi boleh memutihkan gigi dan menyegarkan nafas




PIC

Sangat bagus untuk kulit kering.

CARA-CARANYA

- Lenyekkan pic bersama satu besar dadih biasa dan pupurkan pada muka. Biarkan dalam masa 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk.







NENAS

Seperti betikk, nenas sangat bagus untuk melembutkan kulit, membersih dan menyegarkan kulit yang kering dan kusam. Kaya dengan enzim dan berupaya menarik keluar sel mati terutama kulit kasar seperti pada lutut, siku dan tumit kaki.

CARA-CARANYA

- Gosokkan nenas pada badan seperti anda mengunakan bunga karang (sponge) atau petola (loofah) ketika mandi untuk membuang kulit mati dan mencerahkan tubuh.

- Kisar satu potong nenas bersama satu sudu besar tepung (Tepung Beras) dan pupurkan pada muka untuk mencerahkan kulit muka.




LEMON/LIMAU NIPIS
Bahan yang sangat mudah diperolehi di rumah anda, sangat manfaat untuk membersih dan menyegarkan kulit.

CARA-CARANYA
- Potong lemon/limau nipis dan gosokkan pada kulit kasar seperti pada siku, lutut dan tumit kaki untuk melembutkannya.

- Potong lemon/limau nipis tadi dan di buat untuk mandi dan menghilangkan bau badan dengan mencampurkan beberapa sudu patinya ke dalam air mandian,,,


SELAMAT MENCUBA

1 ulasan:

PotiaCasaDelarossa PotiaCasaDelarossa berkata...

terima kasih encik buah... sgt berguna info ni... pas ni mesti ku akan bertambah enseng.... ekekeke