Rabu, 21 November 2012

ANGKAT RAKAN KETIKA BADAN PUTUS DUA



Salam sejahtera kepada reader2 yang sudi singgah di blog laman coret corot ku ini pada pagi nie macam terasa sedih sangat2 apabila capai senafkah surat khabar metro apabila pegang surat tersebut yang terkeluar dari mulut saya YA ALLAH!!! terkejut melihat berita kemalangan ngeri di Gopeng Perak yang mengakibat kehilangan 4 nyawa yang tertungkus lumus untuk menyelenggara projek lebuh raya plus...Boleh dikatakan saban hari kita mendengar berita mengenai kemalangan tidak kira samada kemalangan biasa ataupun kemalagan maut..mengenai berita di atas rakan kepada mangsa iaitu bdul Nasir Abdul Rahman 49 berkata “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.” , empat rakannya adalah pekerja-pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

 Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.

Tiada ulasan: