Khamis, 8 November 2012

PANGGILAN PEGAWAI BANK ISLAM YANG BERUNSUR UGUTAN



ENTRI INI SAYA DAPAT EMAIL DARIPADA KAWAN SAYA YANG DI EMAILKAN PADA 2 3 TAHUN LEPAS JADI ADA SESTENGAH ORANG TAHU ADA YANG TAK TAHU.......ENTRI INI BUKAN NAK BERNIAT MEMBURUKKAN NAMA BANK DI NEGARA KITA,MUNGKIN ANDA PERNAH MEALUINYA JUGA....
 
Saya ingin menarik perhatian pihak pembaca sekalian tentang Bank Islam Malaysia Berhad yang pada hakikat sebenarnya samalah seperti Bank ALONG Malaysia Berhad. Saya berharap kejadian yang menimpa keluarga saya akan menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan dunia agar tidak melanggan Credit Card Bank Islam yang sedang hangat di pasaran sekarang. Kejadian ini berlaku pada 4 Disember 2008 apabila keluarga saya dikampung menerima panggilan dari pegawai Bank Islam yang berunsurkan ugutan yang mengakibatkan bapa saya masuk wad kerana terkejut dan diserang darah tinggi.

Saya merupakan salah seorang pemegang kad Bank Islam yang mengalami masalah kewangan (default payment) dan saya telah membatalkan kad tersebut sejak dua bulan yang lalu. Walaupun saya mempunyai masalah kewangan, saya cuba sedaya upaya untuk membayar hutang kad saya dengan jumlah yang kecil, tetapi setiap hari saya menerima panggilan telefon dari pihak Bank Islam tidak kurang dari 30 kali dan sms melebihi 40 kali bermula dari seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 malam. Semua kakitangan Bank Islam yang menelefon saya tidak pernah bersikap mesra malah memaksa saya untuk membayar walaupun berkali-kali saya jelaskan saya mempunyai masalah kewangan. Saya telah memohon bantuan dari pihak AKPK seperti yang disarankan di dalam setiap surat yang dikirimkan oleh pihak Bank Islam tetapi sayangnya pihak Bank Islam berkata mereka tidak akan melayan permohonan bayaran melalui AKPK.Saya telah menghantar sepucuk surat kepada Bank Islam berhubung dengan dengan isu AKPK ini.

Kemuncak kepada masalah ini apabila pihak bank menyelongkar semua maklumat diri saya melalui Pejabat Pendaftaran Negara dan bertindak menghubungi ibu saya yang menetap dia kampung. Pihak Bank Islam telah memberitahu ibu saya masalah hutang tersebut dan telah mengugut ibu saya bahawa rumah kami di kampung akan disita dan semua barang-barang dalam rumah akan dilelong. Mereka juga akan menghantar surat kepada ibu saya berhubung masalah hutang ini. Berita ini amat mengejutkan ibu bapa saya dan mengakibatkan bapa saya sakit.

Ibu saya menghubungi saya dalam keadaan risau dan menangis kerana kata-kata yang telah dilemparkan kepadanya. Saya merasa terkejut kerana sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah menyertakan no telefon ibu bapa saya mahupun alamat mereka. Saya bertindak begitu kerana merasakan bahawa masalah saya patut ditanggung oleh diri saya sendiri. Saya benar-benar terkilan dengan tindakan pegawai Bank Islam yang berusaha keras untuk mendapat bayaran yang berjumlah RM5000 dan menyamakan jumlah pinjaman RM5000 tersebut dengan nilai sebuah rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Malah saya juga pelik kenapa ibu bapa dan adik beradik saya diheret dalam kemelut ini memandangkan saya sudah berkahwin dan tidak menetap dengan ibu bapa saya lagi. Pihak Bank Islam HQ telah menghubungi Bank Islam di kampung saya dan meminta mereka menyerahkan penyata kad kredit saya kepada ibu bapa saya. Tindakan Bank Islam tidak ubah seperti ALONG yang kejam dan mencekik darah. Ibu saya turut menyatakan bahawa pihak Bank Islam menerima pembayaran yang saya lakukan setiap bulan tetapi jumlah itu terlalu kecil oleh sebab itu mereka ingin bertindak untuk menyita dan melelong barang-barang di rumah ibu bapa saya.

Jika ALONG di Malaysia akan mencari peminjam hingga ke lubang cacing dan membunuh mereka, tindakan Bank Islam juga tidak ada kurangnya. Saya menjadi amat tertekan dan ketakutan setiap kali saya menerima panggilan dari Bank Islam yang tidak kurang dari 30 kali sekali seawal jam 8 pagi hingga 12 malam dan sms yang dikirimkan bertubi-tubi sehingga inbox penuh. Itu lah MENTAL TREATMENT yang saya lalui setiap hari sepanjang 2 bulan ini. Kini Bank Islam bertindak dengan lebih agresif apabila mencari dan menghubungi sanak saudara yang tidak terlibat dalam permasalahan dan perjanjian dengan Bank Islam. Adakah selepas ini Bank Islam akan datang mengetuk pintu-pintu rumah, menyimbah cat dan mengertak secara berdepan? Adakah ini cara Islam sebenarnya? Inikah kemanusiaan Bank Islam Malaysia Berhad?

Beginikah cara layanan yang wajar diterima oleh seorang Islam oleh sebuah bank yang menggunakan agama Islam sebagai pemangkin? Adakah ugutan dan desakan begini yang disarankan dalam Islam walaupun saya mengalami masalah kewangan? Jika benarlah pihak Bank Islam menjalankan perniagaan berasaskan Al-Quran dan Sunnah, maka mereka tidak akan terlepas pandang dengan ayat 280 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, " Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui'. Adakah begitu sukar bagi pihak Bank Islam untuk bersabar kerana keseluruhan rakyat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi dan saya juga tidak terlepas dari bahana itu, jika saya benar-benar ingin melarikan diri saya tidak akan berikhtiar untuk menjelaskan hutang tersebut setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Malah saya bekerja sambilan untuk memastikan wang belanja saya cukup dan saya dapat juga membayar hutang saya walaupun dengan jumlah yang kecil.

Satu lagi isu yang menjadi kemusykilan saya, adakah AKPK itu satu pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh Bank Islam sehingga rakyat Malaysia tidak layak menggunakan mereka sebagai satu jalan untuk menyelesaikan masalah kredit seperti yang diwarwarkan di dada akhbar dan kaca TV. Saya juga berhubung dengan bank-bank konvensional yang terdapat di Malaysia tetapi layanan yang diberikan tidaklah seburuk dan sebiadap Bank Islam.
Bersama ini saya sertakan nombor-nombor telefon yang telah menghubungi saya dan mengsms saya seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam, 03-78739409, 0378742761, 0378747508, 0378747517, 0378742769, 0378742761.0378730119, 0378730120, 0192157573, 0169959589, dan 0129046824.

1 ulasan:

Iela Lullaby Iela Lullaby berkata...

Perkara yang sama terjadi pada ayah saya.
tidak tidakla sampai tahap mengugut...cme agk merimaskan stiap hari dorg call dan tuntut byaran credit card yg cme balance nye tggl lg rm180 je..stiap hari di call2 bagai tk pnah nk phm bhasa sdgkn ayah sy dh ckp tggu hujung bln dpt gji bru byar...tp sepnjg bulan tu la dia call2...smpai naik malas ayah saya nk angkt...tgh mghrib call,org nk g solat pn tk senng..