Selasa, 27 November 2012

Botak kepala demi Anak


SHAH ALAM – “Saya botakkan kepala supaya Adam tidak tahu dia sedang sakit,” kata bapa Adam Azfar, 6, yang disahkan menghidap barah otak, 1 November lalu.
Jimadie Shah Othman, 32, membuat keputusan membotakkan kepalanya selepas menyedari rambut Adam mula gugur kesan sampingan rawatan radioterapi.
“Saya tak mahu Adam rasa lain bila sedar rambutnya semakin gugur. Saya nak dia rasa itu perkara biasa memandangkan papa pun tak ada rambut,” katanya yang akui sukar menempuh hari mendatang.
Atas inisiatif rakan sekerja Jimadie, satu dana khas Aid For Adam ditubuhkan bagi membantu kurangkan kos ditanggung Jimadie selain memberi sokongan rohani buat pasangan suami isteri itu.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Sinar Di Hati seperti tertera.
sumber sinar online

Tiada ulasan: