
Noryaznizan yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik itu pernah keluar bersendirian namun bukan dalam tempoh yang lama.
“Sebenarnya pada sebelah malam sebelum dia hilang, anak saya ada meminta wang sebanyak RM50 dan mahu gunakan wang itu untuk pergi merantau.
“Oleh kerana dia mengalami sakit mental, kami tak beri wang berkenaan dan tak sangka pada pagi keesokannya, dia keluar begitu saja dan sempat mengambil wang kira-kira RM100 dari poket seluar saya,” katanya.
Mohd Noor berkata, anak lelakinya itu masih dalam proses mendapatkan rawatan. Katanya, anak itu pernah keluar rumah termasuk pergi ke rumah datuknya di Kuala Kangsar, Perak secara bersendirian tetapi tetap pulang ke rumah dua atau tiga hari kemudian.
Usaha mencari Noryaznizan menemui jalan buntu apabila mereka sekeluarga gagal menghubungi Noryaznizan kerana anaknya tidak memiliki telefon bimbit.
Berikutan itu, dia telah membuat laporan polis pada 28 Jun lalu. “Walaupun saya tak pasti ke mana hala tuju dia, tapi saya dapat rasakan dia menuju ke Kuala Lumpur atau Bukit Beruntung, Selangor iaitu tempat kerja lama dia.
“Saya juga risau kalau-kalau ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas dirinya yang tak sempurna itu,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat dan ternampak kelibat Noraznizan diminta menghubungi Ketua Polis Balai, Masai, Inspektor Ramatasan Harikrishnan di talian 019 920 1020 atau 07 251 1222.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan