laman coret corot ku ini adalah sebuah blog persendirian yang hanya berkongsi pengetahuan ataupun info yang terkini ataupun yang dah laput
Isnin, 5 November 2012
Keluarga lelaki disyaki menembak remaja minta maaf
PAKKISTAN-ISLAMABAD .Kakak kkepada seorang lelaki yang disyaki menembak seorang remaja Pakistan, bernama Malala Yousufzai oleh sebab tindakkkan beliu mempersoalkan dasar Taliban awal bulan lalu, memohon maaf kepada kkeluarga mangsa.
“Saya mahu sampaikan mesej ini kepada Malala, saya mohon maaf atas apa yang abang saya lakukan kepada dia.
"Abang saya, Attah Ullah Khan, 23 membawa aib besar kepada kami sekeluarga, malah kami kehilangan segala-galanya selepas apa yang dia lakukan,” kata Rehana Haleem kepada CNN dalam satu temu bual ekslusif.
Bagaimanapun, polis masih mencari Attah Ullah dan dua rakannya yang masih lagi tidak dapat dikenal pasti.
Pada 9 Oktober lalu, Malala, 15, ditembak di kepala dan bahagian atas badan oleh penembak, dari puak Taliban, dekat rumahnya di Lembah Swat dalam satu percubaan bunuh disebabkan sikapnya yang berani berterus terang dan 'mempromosi sekularisme'.
Lelaki terbabit telah menyerang Malala dan turut mencederakan dua remaja perempuan lain sewaktu mereka pulang dari sekolah.
Insiden itu mencetuskan kemarahan di Pakistan dan masyarakat antarabangsa.
Malala, yang kini dirawat di England, dikagumi seluruh rakyat Pakistan kerana keberaniannya bercakap tentang kehidupan di bawah pemerintahan Taliban.
“Saya harap Malala pulih seperti sediakala dan boleh kembali hidup normal secepat mungkin dan tidak menganggap keluarga saya sebagai musuh,” kata Rehana.
Dia bagaimanapun mempunyai sedikit keraguan yang abangnya terlibat dalam kejadian tembakan itu.
“Jika benar dia tidak bersalah, dia akan kembali dan menyatakan dirinya tidak salah dan bantu kami sekeluarga yang ditahan pihak berkuasa sebelum ini. Kelakuannnya menunjukkan seolah-olah dia memang bersalah,” katanya.
Sehari selepas diserang, pihak berkuasa turut menahan keluarga Rehana dan hanya membebaskan mereka dua hari selepas itu.
Pegawai polis turut bertanya keluarga mereka sama ada abangnya boleh dihubungi atau tidak tetapi mereka sendiri gagal mengesan abangnya.
Tambahnya, ia sesuatu yang hina kerana budaya mereka tidak pernah mendidik lelaki cuba ‘naik tangan’ terhadap wanita apatah lagi lelaki yang cuba membunuh wanita.
Malala sebelum ini pernah bekerja dengan BBC dan menerbitkan sebuah blog pada 2009 menceritakan perjuangannya untuk menghadiri sesi persekolahan di Lembah Swat.
Pada bulan Januari 2009, Taliban mengeluarkan perintah mengarahkan sekolah tidak perlu mendidik anak-anak gadis.
Taliban turut mengeluarkan kenyataan bahawa jika Malala terus hidup, serangan ke atasnya akan diteruskan.
Menteri Pakistan, Rehman Malik berkata, jkla Malala kembali ke Pakistan, pengawal akan melindunginya serta keluarga.
sumber sinarharian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan