Rabu, 7 November 2012

WAJAH BARU MASJID JAMEK


Syukur Alhamdulillah seperti kita kedengaran baru2 ini mengenai ubahsuai sebuah Masjid yang terletak di bandar Raya Kuala Lumpur..MASJID merupakan lambang kekuatan umat Islam bahkan tempat ibadah itu bukan sahaja bertujuan untuk mendirikan solat tetapi ia pernah menjadi pusat pentadbiran dan kegiatan ekonomi pada suatu ketika dahulu.
Walaupun dibina di tengah kesesakan ibu kota, Masjid Jamek Alam Shah yang terletak di Jalan Tun Razak tetap menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan solat dan penganjuran aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan.
Untuk pengetahuan anda  Masjid Jamek Alam Shah dibina pada tahun 1950 merupakan masjid ketiga tertua di Kuala Lumpur selepas Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Jamek Kampung Baru. Tanpa disedari, kewujudannya dapat diketahui jika kita melalui Jalan Tun Razak untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Utusan Melayu

Tiada ulasan: