IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri terpaksa mengerahkan seramai
19 anggota termasuk pegawai untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan
tiga kedai dipercayai dibina sebelum perang dunia kedua dalam satu
kejadian di Jalan Masjid, di sini, semalam.
Timbalan Penguat kuasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam memaklumkan, panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu diterima pada jam 3.22 petang dan jentera pertama tiba di lokasi dari Ibu pada kira-kira jam 3.30 petang.
Menurutnya, sebanyak tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran berkenaan yang berjaya dikawal kira-kira 11 minit kemudian.
"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, dua daripada kedai terbabit telah musnah 100 peratus dalam kebakaran, manakala sebuah kedai lagi hanya terbakar pada bahagian atas.
"Api dapat dikawal daripada merebak ke kedai lain yang berhampiran dan keadaan angin yang kuat tidak menjejaskan usaha memadam kebakaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Beliau turut memaklumkan, kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun dua kereta jenis Hyundai Elantra dan Toyota SE mengalami kerosakan akibat terkena sisa kebakaran, manakala punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.
Pemilik Hyundai Elantra yang merupakan seorang peguam, Mohamed Haridan Hamdan, 37, berkata, kereta berkenaan baru dibeli sebulan lalu dan dia lega kerana sempat mengalihkan kereta berkenaan semasa kejadian.
Menurutnya, dia sedang menjalankan tugas harian di firma guamannya pada waktu kejadian sebelum didatangi jurujual sebuah kedai ubat di tingkat bawah memaklumkan kebakaran itu.
"Sampai di lokasi kejadian, saya terus mengalihkan kereta ke tempat lain sebelum keadaan bertambah buruk. Kereta saya mengalami beberapa kerosakan akibat terkena sisa kayu terbakar," katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, pemilik tiga kedai pengurusan pengebumian, Ng Kam Wah, 70, berkata, sewaktu kejadian dia berada dalam kedai dan melihat api mula merebak dari kedai hujung menuju ke kedai bersebelahan.
"Sebelum ini, kedai berkenaan menjalankan perniagaan pengiklanan dan telah ditutup lebih enam bulan lalu, Manakala, dua kedai berhampiran memang ditinggalkan kosong sejak setahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan