Selasa, 2 Oktober 2012

tuntutan royalti



 KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengetuai konvoi dan program Himpunan Royalti menuntut hak rakyat negeri ini ke Istana Kehakiman Putrajaya esok.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, Nazri Deraman berkata, pengesahan persetujuan menyertai konvoi tersebut dibuat tengah hari semalam.

Menurutnya, Nik Aziz juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti hari ini di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bersama pemimpin utama Pakatan Rakyat yang lain.


“Kehadiran beliau sangat dihargai kerana biarpun uzur tetapi masih sanggup untuk bersama-sama semua lapisan masyarakat bagi mendoakan dan berusaha agar keputusan tuntutan royalti negeri akan berpihak kepada Kelantan.

“Konvoi tersebut diadakan sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Nazri berkata, pada himpunan di Putrajaya itu juga kira-kira 150,000 tandatangan atau referendum akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada rakyat negeri Kelantan.

“Ini adalah gambaran kepada Perdana Menteri bahawa seluruh rakyat Kelantan mahukan wang royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, minyak dan gas perlu didaratkan ke negeri Kelantan dengan segera,” katanya.

Nazri berkata, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan untuk bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa rakyat negara ini terutamanya Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.

Nazri memberitahu Ceramah Mega R Tuntut Royalti itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Dijangka turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, wakil pimpinan Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin,  termasuk wakil NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya, Zainal Ajamain.

P/S patutla semalam mase ontheway kat highway NKVE ternampak banyak kereta ada bendera huruf "R"
rupa2nya ada agenda tersendiri hmmm aku pun naik heran juga untuk ape tuntutan tersebut ape2 hal pun harap semuanya berlaku dengan adil...........

Tiada ulasan: