PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik
rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang
pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk
mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.
Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan
kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada,
sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.
Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke
dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan
pemeriksaan semula.
Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan
berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan
seks oral selama beberapa minit.
Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini
diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai
kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor
mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat
mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sumber : Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan