Seorang wanita ditemui mati
dalam keadaan separuh bogel di sebelah teman lelakinya yang turut tidak
berpakaian lengkap dan tidak sedarkan diri dalam sebuah Proton Iswara
di Kangkar Pulai, Kilometer 10 Jalan Pontian Lama, di sini tengah hari
semalam.
Pasangan kekasih itu ditemui dalam keadaan mengaibkan dalam ladang
kelapa sawit yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari jalan raya
berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita 23 tahun yang juga pekerja kilang dan pasangannya berusia 20-an itu ditemui orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan, sebelum menghubungi polis.
Difahamkan, kedua-dua mangsa ditemui terbaring di tempat duduk hadapan dengan lelaki berkenaan di tempat duduk pemandu. Enjin kereta berkenaan masih hidup ketika mereka ditemui.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan menjemput kekasihnya di rumah keluarganya di kawasan berhampiran pada jam 5 pagi semalam, kononnya mahu menghantar mangsa ke tempat kerja di sebuah kilang elektronik di bandar raya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan