Rabu, 12 Disember 2012

IF YOU DARE TOO CHANGE


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM “DARE TO CHANGE”
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak Puan, NISA’ Puchong merupakan sebuah Persatuan Remaja & Beliawanis yang berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia yang membawa prinsip kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.
3. Sukacitanya dimaklumkan bahawa NISA’ Puchong akan mengadakan satu program seperti berikut:

PROGRAM : DARE TO CHANGE
TARIKH : 16 DISEMBER 2012
TEMPAT : DEWAN KULIAH MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA
4. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, khususnya para belia tentang kepentingan perubahan yang baik dalam kehidupan.
5. Sehubungan itu, kami ingin memohon tajaan kewangan atau barangan bagi menjayakan program ini. Sebarang tajaan berbentuk wang ringgit boleh disalurkan ke akaun MAYBANK 164221-390028 atas nama NURUL AIN HAYATI BINTI HUSIN. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Ainhayati di talian 016-6682500.
6. Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Segala jasa baik dan sumbangan yang dihulurkan daripada pihak Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
……….t.t...……..
Rosliza Rashid
Pengarah
Dare To Change

Tiada ulasan: