Isnin, 7 Januari 2013

Berita Hangat - Mengamuk pada Hari Perkahwinan


Cermin kereta yang dinaiki pengantin lelaki dipecahkan seorang lelaki yang mengamuk di halaman rumah keluarga pengantin perempuan.



Segamat: Akibat cinta tidak kesampaian, seorang lelaki mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan bertindak memecah cermin dua kenderaan, termasuk yang dinaiki pengantin lelaki, di sini semalam. 



Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di perkarangan rumah pengantin perempuan, di Labis, berikutan suspek bersenjatakan tukul besi dan parang beredar daripada lokasi kira-kira 15 minit kemudian. 



Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, rombongan pengantin lelaki yang menaiki beberapa kereta dikatakan baru tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba dua motosikal membunyikan enjin dengan kuat. 



Sangka gimik 



Saudara terdekat mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an berkata pada mulanya, rombongan pengantin menyangka bunyi kuat itu adalah gimik sambutan, sebelum seorang penunggang motosikal mengeluarkan tukul besi sambil menjerit. 



“Lelaki itu kemudian terus memecahkan semua cermin Toyota Camry yang dinaiki pengantin lelaki menyebabkan kami semua terkejut dan cuba menenangkannya tetapi dia bertindak semakin ganas dengan turut mengeluarkan parang. 



“Lelaki itu kemudian mengugut akan menetak sesiapa saja yang menghalangnya sebelum memecahkan cermin hadapan Honda Jazz di tempat kejadian,” katanya. 
Goh berkata, dua lagi rakan lelaki itu menaiki motosikal lain hanya memerhatikan saja perbuatan berkenaan sebelum semua mereka beredar kira-kira 15 minit kemudian.





Tiada ulasan: